VISI
Membentuk ummah yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia melalui sumber ilmu yang tepat.
 

MISI
Menjadikan media cetak Jakim sebagai media cetak ilmu Islam yang berwibawa dalam pembentukan ummah.
 

OBJEKTIF
Membangun pemikiran ummah dan menyebar dakwah Islamiah melalui bahan-bahan terbitan bercetak berunsur Islam dalam pelbagai bidang.
 

FUNGSI
  1. Mendapatkan bahan untuk diterbitkan dalam bentuk buku, majalah, risalah dan sebagainya.
  2. Menapis, menilai dan mengedit sebelum bahan diterbitkan.
  3. Menguruskan percetakan dalaman.
  4. Menguruskan percetakan luaran.
  5. Menerbitkan buku-buku jualan.
  6. Menerbitkan bahan-bahan terbitan percuma.
  7. Memasar dan mengedarkan bahan-bahan terbitan.
  8. Mengurussetiakan penyediaan bahan dan urusan percetakan untuk majlis-majlis kebesaran dan keraian Islam.
  9. Menyediakan khidmat jurufoto.
  10. Memberi khidmat nasihat penerbitan dan percetakan.
  11. Menyediakan perkhidmatan Perpustakaan Kakitangan Jakim dan Perpustakaan Awam Islam.
 
 

PIAGAM PELANGGAN
  1. Menerbitkan buku berunsur Islam mengikut kategori seperti berikut:
    • Ada manuskrip:
      • Buku teras - 1 hingga 2 tahun.
      • Buku umum dan kanak-kanak - dalam tempoh 1 tahun
    • Tiada manuskrip:
      • Buku teras - 1 hingga 3 tahun
      • Buku umum dan kanak-kanak - 1 hingga 2 tahun
  2. Menerbitkan majalah Sinar Rohani, Cahaya dan Pendidik sebanyak enam keluaran dalam setahun, iaitu tidak lewat pada minggu pertama bulan Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember.
  3. Menerbitkan Buletin Jakim pada minggu pertama setiap bulan.
  4. Menerbitkan risalah dan rampaian berunsur Islam dalam tempoh dua bulan dari tarikh lantikan penulis.
  5. Mengedarkan bahan-bahan terbitan berkala Jakim dalam tempoh dua bulan dari tarikh diterbitkan.
  6. Menerbit dan mengedar buku, majalah dan risalah dalam bidang keilmuan Islam mengikut jadual yang ditetapkan.