Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 16 Mac 2021, Sesi Libat Urus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Dipertua YADIM, YBhg Ustaz Nasruddin Hassan. Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan tentang kepentingan Maqasid Syariah dalam tadbir urus kehidupan, sepertimana ungkapan beliau:

“Tadbir Urus mana lagi yang setanding dengan Tadbir Urus Maqasid Syariah yang lengkap dan syumul ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia.”

Sesi Libat Urus ini telah dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal secara atas talian melalui aplikasi google meet. Program tersebut telah disertai oleh 100 orang kakitangan YADIM termasuk Pengarah-Pengarah cawangan YADIM di negeri-negeri. Program berlangsung selama 2 jam bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Sesi Libat Urus ini berjalan dengan lancar dengan penglibatan yang aktif secara dua hala dari peserta.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YADIM 1

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YADIM 2

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YADIM 3

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YADIM 4

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YADIM 5

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YADIM 6