Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
As teacher we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching because education is a constant process of change. Every simple time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges.’   (Leo Buscaglia)
 
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada murid  selaras dengan objektif KAFA iaitu untuk memperkukuhkan asas pendidikan agama Islam bagi mencapai tahap yang tinggi dalam pendidikan dan pengetahuan agama Islam.
 
Justeru, melalui nota kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah ditandatangani pada 11 Mac 2014, pelaksanaan Latihan Profesionalisme Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) - Kursus Guru Cemelang telah dilaksanakan oleh Seksyen KAFA, Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM pada 18 - 20 Mac 2016 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. 
 
Seramai 120 orang guru KAFA dari zon tengah yang mewakili negeri Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor telah hadir. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah daripada IPG, Kampus Pendidikan Islam Bangi.
 
Secara keseluruhannya, kursus ini memberikan impak positif kepada guru KAFA agar terus berusaha dalam mempertingkat kemahiran dan menambah ilmu dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan murid KAFA yang cemerlang di dunia dan di akhirat. 
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 1
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 2
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 3
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 4
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 5
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 6
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 7
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 8
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 9
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 10
 
Latihan Profesionalisme Penyelia Guru KAFA 11