Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Pemantauan pengurusan pembayaran imbuhan imam, takmir dan penyelaras pentadbiran masjid daerah (PPMD) oleh Bahagian Kemajuan Islam (BKI) di negeri-negeri seluruh Malaysia adalah bagi memenuhi keperluan garis panduan yang dilaksanakan Jakim. Selain itu, pengurusan pembayaran mestilah mengikut dan berpandukan peraturan dan pekeliling perkhidmatan dan kewangan yang berkuatkuasa.

 

Sehubungan itu, pada 26 dan 27 September 2016 yang lalu, pemantauan telah diadakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JAHEINS) bagi melihat semua rekod dan dokumen yang berkaitan dengan imam, takmir dan PPMD. Seramai 4 orang pegawai BKI telah hadir sebagai pemantau iaitu Ustazah Nor Aisyah binti Mohd Yunos dan Cik Halida Assma binti Mohd Khori untuk takmir, En. Muhamad Haidir bin Zainuddin untuk PPMD dan En. Mohd Sayuti bin Ab. Razak untuk imam. Ust Mohammad Sidik Ag Adi, Timbalan Pengarah (HEI) JAHEINS sudi meluangkan masa semasa sesi penutup pemantauan tersebut.

 

Secara keseluruhannya, hasil pemantauan mendapati pengurusan pembayaran imbuhan imam, takmir dan PPMD Negeri Sabah adalah baik. Semoga pengurusan di Bahagian Pentadbiran Pejabat-Pejabat Agama Wilayah dan Daerah JAHEINS terus maju jaya.

 

pemantuan2

 

pemantauan1

 

cover picture pemantauan