Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Jabatan Agama Islam Pahang telah mengadakan program Tafaqquh Fiddin Perdana Guru Takmir Zon Timur Tahun 2017 di Hotel Holiday Villa , Kota Bharu Kelantan pada 8 hingga 10 November 2017. Program ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru takmir daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Slot pengisian telah diisi dengan diskusi buku Mudahnya Usul Fiqh Matan Sullam Al-Wusul yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil. Sepanjang program para peserta telah bertalaqi dan mendalami asas-asal usul fiqh untuk diterapkan dalam pengajian kelas-kelas takmir.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Tuan Haji Abdul Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti yang mewakil Ketua Pengarah JAKIM dan Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail yang mewakili Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dan juga Pegawai-Pegawai Takmir Negeri seluruh Malaysia.

 

Tafaquh Fiddin Timur 1

Tafaquh Fiddin Timur 2

Tafaquh Fiddin Timur 3

Tafaquh Fiddin Timur 4

Tafaquh Fiddin Timur 5