SEKRETARIAT MAJLIS HALAL MALAYSIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Aras 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000
Faks : 03-8892 5005
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Portal Halal Malaysia : http://www.halal.gov.my
 
 
PENUBUHAN MAJLIS HALAL MALAYSIA
 
Pada 11 Februari 2016, Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia telah bersetuju menubuhkan satu Majlis yang dinamakan sebagai Majlis Halal Malaysia (MHM) di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan fungsi meneraju dan menyelaras inisiatif berkaitan pengurusan dan pembangunan industri halal di Malaysia.
 
Jemaah Menteri telah meluluskan secara rasmi penubuhan Majlis Halal Malaysia pada 8 Jun 2016. Penubuhan MHM turut mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-61 pada 28 Jun 2016. Manakala pada 8 Februari 2018, Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang Ke-248 telah memperkenan penubuhan Majlis Halal Malaysia.
 
MHM adalah bertanggungjawab menyelaras pembangunan industri halal negara berdasarkan fungsi seperti berikut:
  1. Memperakukan dasar serta langkah strategik mengenai pengurusan dan pembangunan industri halal negara;
  2. Menyelaras inisiatif pengurusan dan pembangunan industri halal negara bagi mengekalkan Malaysia sebagai peneraju halal global;
  3. Menggalakkan penyertaan dan peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan industri halal negara;
  4. Membantu merancakkan perkembangan industri halal secara holistik di seluruh negara melibatkan negeri-negeri dengan mengambilkira kekuatan dan keunikan yang ada di negeri tersebut; dan
  5. Mencadangkan apa-apa fungsi lain yang berhubung dengan pengurusan dan pembangunan halal negara mengikut keperluan dan tertakluk kepada dasar semasa Kerajaan dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
 
Keahlian MHM adalah terdiri daripada pihak-pihak berkepentingan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta wakil yang dilantik oleh pihak Istana. MHM dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Manakala Ketua Pengarah JAKIM dilantik sebagai Setiausaha MHM.
JAKIM, Jabatan Standard Malaysia dan Halal Industry Development Corporation telah dilantik menjadi sekretariat bersama untuk Majlis ini.
 
 
SEKRETARIAT MAJLIS HALAL MALAYSIA JAKIM
 
JAKIM telah menubuhkan 3 cawangan utama bagi menjalankan fungsi Sekretariat MHM; Cawangan Strategik, Cawangan Penyelarasan Dasar & Perhubungan dan Cawangan Inovasi & Pembangunan Profesionalisma
 
1. CAWANGAN STRATEGIK
 
i) Seksyen Polisi Dan Piawai
   Pembangunan dasar, standard, manual, prosedur, skim, garis panduan serta perundangan berkaitan Pensijilan Halal Malaysia dan lain-lain.
 
ii) Seksyen Strategi Antarabangsa
    a) Pembangunan dasar dan pelaksanaan program bilateral dan multilateral halal antarabangsa; dan
    b) Pelaksanaan program pengiktirafan rumah sembeli dan loji pemprosesan luar Negara.
 
iii) International Halal Authority Board (IHAB)
IHAB ditubuhkan sebagai usaha untuk menyeragam dan mengharmonikan proses pelaksaan pensijilan halal dalam kalangan Negara anggota IHAB. Kebanyakan badan pensijilan halal dunia adalah pertubuhan dan persatuan masyarakat dan syarikat swasta.
Terkini, JAKIM telah mengiktiraf 78 buah Badan Pensjilan Halal Luar Negara dari 45 buah negara. Pengiktirafan diberikan berasaskan kepada pematuhan dan pelaksanaan piawaian halal yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki Malaysia.
 
 
2. CAWANGAN PENYELARASAN DASAR DAN PERHUBUNGAN
 
i) Seksyen Penyelarasan Dasar
Bertanggungjawab mengurus dan menyelaras kertas-kertas mesyuarat serta maklumbalas dan ulasan bagi mesyuarat Majlis Raja-Raja, Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)/ Mesyuarat Exco-Exco Agama/ Persidangan Ketua Jabatan (PKJ). Seksyen ini juga merupakan Sekretariat tetap Majlis Halal Malaysia.
 
ii) Seksyen Perhubungan & Khidmat Kepakaran
Bertanggungjawab dalam pelaksanaan program khidmat kepakaran dan rundingan serta mempermosikan ekosistem Halal Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa.
 
 
3. CAWANGAN INOVASI DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISMA
 
i) Halal International Research Academy (HIRA)
   a) Menyelaras, mengkaji dan menyelidik isu-isu dalam bidang pengurusan halal untuk menjelaskan hukum syarak;
   b) Menjalin kerjasama pintar bersama IPTA/IPTS dalam dan luar negara dengan mewujudkan bank data kajian; dan
   c) Menjalankan kajian mengenai isu-isu semasa dalam bidang teknologi pemakanan dan pembuatan bagi tujuan dijadikan ketetapan dalam peraturan pensijilan.
 
ii) Halal Innovation and Technology Center (HITeC)
    a) Merancang, mewujudkan Halal Innovation and Technology Centre Yang Berkaitan Dengan Inovasi Dan Teknologi Halal;
    b) Merancang, mengurus dan melaksanakan program tahunan Halal Innovation and Technology Exhibition (HITEx)
    c) Memantau dan mengawalselia sistem dan applikasi yang telah dibangunkan oleh Bahagian Hab Halal.
 
iii) Halal Professional Board (HPB)
HPB ditubuhkan pada 15 Disember 2014 dan bertanggungjawab:
a) Sekreteriat Lembaga Profesional Halal;
b) Membangunkan modul dan mekanisme pengiktirafan kompetensi profesional halal serta pentauliahan Penyedia Latihan Halal (PLH dan Tenaga Pengajar Halal (TPH);
c) Menyelia dan menjalankan pengauditan penyedia latihan halal; dan
d) Mengurus dan menyediakan laporan prestasi pusat penyedia latihan halal kepada lembaga.
    * Jumlah terkini TPH ialah 369 orang, manakala PLH sebanyak 32 buah agensi telah berdaftar di bawah HPB.
 
iv) Malaysia International Halal Academy (MIHA)
    a) Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan kapisiti halal bersama Rakan Strategik (RS) dalam mengukuhkan potensi modal insan industri halal; dan
    b) Mengurus jalin kerjasama antara penyedia latihan dengan rakan strategik yang berdaftar dibawah HPB melalui kerjasama pintar luar negara.
   * Terkini, 21 Rakan Strategik telah berdaftar di bawah MIHA.