Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Majlis Apresiasi ILIM 2015 pada 08 Disember 2015 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Bangi.
 
Majlis Apresiasi dianjurkan untuk memberi pengiktirafan dan penyampaian sijil kepada peserta kursus sijil-sijil tinggi sepanjang tahun 2015. Kursus –kursus tersebut yang dianjurkan oleh pusat pengajian di ilim dilaksanakan melalui beberapa siri, bermula dari bulan Februari hingga Oktober 2015. ILIM mengambil langkah proaktif dalam menyahut seruan kerajaan mengenai kepentingan pembelajaran sepanjang hayat di samping itu, bergerak selari dengan hala tuju JAKIM demi melestarikan penerapan ilmu-ilmu Islam di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia.
 
Para peserta kursus sijil tinggi pada tahun ini terdiri dari penjawat awam khususnya Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan penjawat awam dari skim perkhidmatan lain turut mengikuti dalam kursus-kursus anjuran ILIM.Ini Menandakan kejayaan pihak ILIM dalam menganjur kursus yang beimpak tinggi dan mampu menarik minat peserta.
 
Majlis Perasmian dan penyampaian sijil disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Dalam Majlis ini,  YBhg. Dato’  telah merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada ILIM atas penganjuran majlis Apresiasi ini bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para peserta kursus sijil tinggi yang telah menamat kursus dengan jaya.
 
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil-sijil tinggi oleh YBhg. Dato’ KP kepada para peserta yang terdiri daripada Sijil tinggi Pengurusan Sains Dakwah, Sijil Tinggi Muamalat, Sijil Tinggi Bahasa Arab, Sijil Tinggi Penguatkuasa Syarie Malaysia, Sijil Tinggi Kaunseling Syarie Dan Pengurusan Rudingcara Kekeluargaan Islam, Sijil Tinggi Falak Syarie, Sijil Akidah, Perbandingan Agama Dan Pemikiran Islam dan Sijil Tinggi Profesionalisme Imam. Dalam majlis ini, YBhg. Dato’ turut menyampaikan sijil kepada peserta terbaik bagi setiap sijil-sijil tinggi. Pada tahun ini, seramai 175 orang peserta telah Berjaya menamatkankesemua siri sijil tinggi yang dianjurkan.
 
Akhir sekali ILIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis Apresiasi ILIM 2015 pada kali ini.
 
ILIM Rai Peserta Kursus Sijil Tinggi 2015 1
 
ILIM Rai Peserta Kursus Sijil Tinggi 2015 2
 
ILIM Rai Peserta Kursus Sijil Tinggi 2015 3
 
ILIM Rai Peserta Kursus Sijil Tinggi 2015 4
 
ILIM Rai Peserta Kursus Sijil Tinggi 2015 5