Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 28 Mac 2018 – Bagi menambah kemahiran dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Teknologi Maklumat telah menganjurkan Kursus Adobe Photoshop bertempat di Bilik Multimedia, Aras 2, Blok Akademik A, ILIM

Seramai 20 orang peserta kursus yang terdiri dari penjawat awam pelbagai agensi Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menyertai kursus ini. 

Objektif penganjuran kursus ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan peserta tentang proses penyuntingan, penghasilan dan memanipulasi grafik.  Kursus ini dikendalikan oleh Encik Azray Abd Rahim, System Administrator, Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Diharapkan kursus ini dapat berupaya melahirkan peserta yang mempunyai kemahiran merekabentuk grafik seterusnya menjana idea kreatif dalam menghasilkan grafik yang menarik.

photoshop1

photoshop2

photoshop3

photoshop4