Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 4 April 2018 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Teknologi Maklumat di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) telah melaksanakan Kursus Adobe Illustrator pada 2 - 4 April 2018 bertempat di Bilik Multimedia, Blok Akademik A, ILIM.

Seramai 23 orang Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred 41 lantikan JAKIM yang terlibat dalam kursus ini. Kursus ini memberi pengetahuan tentang cara mudah untuk menghasilkan ilustrasi grafik, meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan kerja akhir illustrasi grafik ke format-format yang sesuai. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Hamidah binti Ishak, Pereka di Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Semoga kursus ini berupaya menjana idea kreatif peserta dalam membina grafik untuk web, percetakan dan persembahan multimedia.

illustrator1

illustrator1

illustrator3