Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
17-19 November, Everly Hotel - Mengubah norma kerja kepada yang baharu dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sedang berlangsung hampir seluruh negara tidak menghalang tugas dilaksanakan dengan baik. Antara alternatif yang disediakan ialah perkhidmatan bekerja dari hotel. JAKIM mengambil cabaran ini sebagai peluang untuk melaksanakan sekian banyak tugas mendekati ummah.
 
Tahun ini, satu pendekatan kepada masjid telah sedia dilancarkan dalam usaha membudayakan masyarakat dengan masjid, iaitu melalui Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) atau biasanya disebut sebagai penarafan bintang (star rating). Bagi SPMM 2020, sebanyak 28 buah masjid telah dicalonkan oleh Jabatan / Majlis Agama Islam Malaysia (JAIN/MAIN) bagi dinilai mengikut Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) pada peringkat kebangsaan.
 
Dokumen SPMM daripada JAIN/MAIN ini disemak awal oleh Sekretariat Penilai Kebangsaan yang dianggotai oleh seramai 16 orang terdiri daripada wakil daripada JAKIM, masjid-masjid utama JAKIM, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Kerja Raya dan badan swasta ATSA Architects, yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Aderi bin Che Noh dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.
 
Semakan Dokumen Penilaian SPMM Seluruh Malaysia 1
 
Semakan Dokumen Penilaian SPMM Seluruh Malaysia 2
 
Semakan Dokumen Penilaian SPMM Seluruh Malaysia 3
 
Semakan Dokumen Penilaian SPMM Seluruh Malaysia 4
 
Semakan Dokumen Penilaian SPMM Seluruh Malaysia 5
 
Semakan Dokumen Penilaian SPMM Seluruh Malaysia 6
 
Semakan Dokumen Penilaian SPMM Seluruh Malaysia 7
 
Semakan Dokumen Penilaian SPMM Seluruh Malaysia 8