Jadilah Orang YAng Beruntung - CAHAYA Oktober

Dari Meja Editor<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

<?xml:namespace prefix = v ns = "urn:schemas-microsoft-com:vml" />JADILAH ORANG YANG BERUNTUNG

Untungnya kita hidup di bumi yang aman damai ini, jauh daripada peperangan dan huru hara. Untungnya kita menjadi remaja di bumi <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia bertuah ini apa yang kita ingin miliki pasti akan menjadi milik kita dengan usaha yang bersungguh. Untungnya hidup kita sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada di samping terus berusaha mendapatyang terbaik dalam hidup. Untungnya hidup ini jika kita sentiasa beruntung.

Kata Pepatah Arab, “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”

Renung dan telitikan pepatah di atas, apa maknanya? Maknanya untuk menjadi orang yang beruntung, kita mestilah sentiasa menjadi yang terbaik dalam . Tafsiran terbaik boleh diukur sendiri atau minta orang lain membuat penilaian. Contohnya hari ini kita datang lewat1 minit ke sekolah atau kolej ataupun pensyarah telah memulakan kelas ketika kita sampai, maka esoknya pula kita perlu berusaha untuk datang lebih awal dengan itu kita sempat bersedia sebelum pensyarah memulakan kuliah ataupun loceng sekolah berbunyi. Ini boleh dijadikan sebagai contoh anjakan daripada yang tidak baik kepada yang baik dan terbaik.

Untungnya apabila kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.Asas untuk menjadi yang terbaik kita kena berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan. Adanya ilmu pengetahuan barulah boleh beramal, justeru kamu akan menjadi orang yang bertakwa. Untungnya menjadi Muslim kerana apa jua perkara kebaikan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah akan diberi ganjaran. Contoh paling mudah ialahmelangkahkan kaki ke sekolah dengan niat yang baik atau melambatkan makan sahur dan berbukapada awal waktu, itu semua diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Aidilfitriyang akan menjelang tiba sambutlah dengan penuh kesyukuran. Aidilfitri merupakan harikemenangan bagi mukmin yang sejati, sangat beruntung sekiranya kita tergolong dalam golongan yang menang! Tetapi hakikat kemenangan ialah di akhirat nanti, adakah kita di kalangan orang yang beruntungiaitu berjaya menjadi hamba Allah yang terbaik dan kita diterima di sisi-Nya? Dijauhkan daripada azabseksa neraka serta beroleh syurga-Nya? Renungkanlah… Ramadhan Dan Syawal tahun hadapan belum tentu menjadi milik kita.

CAHAYA Oktober menyingkap banyak cerita tentang Ramadhan Dan Syawal seperti peristiwa Nuzul al-Quran dan malam al-Qadar, tips ke majlis rumah terbuka Aidilfitri, menyelongkar isukisah suka duka yang dilalui remaja ketika Ramadhan dan Syawal bersama ulasan pakar, menyingkap tentang cara penentuan tarikh Ramadhan dan Syawal, merungkai tentang zakat fitrah , meneliti isu gejala rasuah, mengenali tokoh, belajar tentang teknologi, menyuntik semangat melalui ruangan motivasi dan banyak lagi.

Sempena Syawal yang akan menjelma, krew CAHAYA mengucapkan “ selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ceria selalu serta jadilah insan yang sentiasa beruntung!