JAKIM akan anjur Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Remaja Peringkat Kebangsaan
Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa JAKIM akan mengadakan Kursus Tahsin Bacaan Aal-Quran Remaja Peringkat Kebangsaan Siri Pertama Tahun 2005M/1426H pada 24-27 Ogos 2005 bertempat di Hotel Quality City Centre, Kuala Lumpur.
Peserta kursus terdiri daripada kalangan Qari dan Qariah yang menjadi johan dan naib johan dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Sekolah Menengah anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Seramai 56 orang peserta (28 Qari dan 28 Qariah) bersama 14 pengiring dari seluruh negeri akan mengikuti kursus ini yang akan dibimbing oleh seramai 9 orang penceramah/ fasilitator.
Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus tersebut akan disempurnakan pada 27 Ogos 2005 oleh Y. Bhg. Tuan Haji Sumali Amat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), JAKIM .
- Hits : 1804





