JAKIM Dan OUM Berganding Bahu Martabatkan Penguasaan Ilmu
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan Universiti Terbuka <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" /> <?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /> Ketua Pengarah JAKIM, Y. Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz mewakili pihak Kerajaan dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Tuan Hj. Sumali bin Amat. Manakala pihak OUM pula telah diwakili oleh Presiden / Naib Canselor universiti tersebut iaitu Y. Bhg. Tan Sri Prof. Datuk Dr. Anuwar Bin Ali dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi METEOR Learnings Sdn. Bhd. iaitu Encik Repin bin Ibrahim. Majlis turut dihadiri oleh beberapa pegawai dari OUM termasuk Penyelaras Kursus tersebut iaitu En. Zulkiffli bin Yaakub, Pengarah dan Wakil Pengarah Bahagian JAKIM serta pegawai –pegawai dari Bahagian KESUMA, JAKIM. Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khisammuddin bin Ismail dari Bahagian KESUMA. Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Ketua Pengarah JAKIM, beliau menyatakan bahawa 'pelaksanaan kursus Bahasa Inggeris di tiga buah masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Wilayah Persekutuan K. Lumpur merupakan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 26 Disember 2006 yang lalu sebagai usaha menjadikan masjid sebagai Pusat Pengajian Sepanjang Hayat. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan masjid sebagai Pusat Khidmat Masyarakat yang mempunyai pelbagai fungsi. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak OUM yang telah sudi untuk bekerjasama dan memberi panduan dalam melaksanakan kursus tersebut bersesuaian dengan keperluan khusus JAKIM. Sebagai permulaan, kursus tersebut akan dilaksanakan di Masjid Putra, Putrajaya bagi memudahkan pemantauan dan melihat keberkesanan program tersebut. Y. Bhg. Tan Sri Prof. Datuk Dr. Anuwar Ali dalam ucapan balasnya menyatakan bahawa 'pihak OUM sentiasa memberi peluang kepada rakyat Selepas menandatangani perjanjian tersebut, kedua–dua belah pihak telah bertukar–tukar cenderamata sebagai kenangan dan tanda persetujuan dalam perjanjian yang baru ditandatangani. Y. Bhg. Tan Sri Prof. Datuk Dr. Anuwar Bin Ali, Naib Canselor OUM
- Hits : 1897





