JAKIM Meterai Perjanjian Penyelidikan Kefatwaan

 
Putrajaya:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memeterai Perjanjian Penyelidikan dengan tiga (3) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjalankan lima (5) penyelidikan isu-isu kefatwaan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan Isu Kefatwaan yang diadakan pada 13 Ogos 2012M bersamaan 24 Ramadan 1433H bertempat di JAKIM,  Putrajaya.
 
Lima (5) projek penyelidikanperintis yang akan dijalankan ialah;
 
BIL
IPT / AGENSI
TAJUK PENYELIDIKAN
1.
USIM dan Jabatan Mufti Negeri Melaka
Tahap Keterlibatan, Kepercayaan Dan Amalan Masyarakat Islam Terhadap Perkara-perkara Khurafat Serta Cadangan Penyelesaiannya: Kajian Di Pulau Besar Melaka.
 
2.
USIM
Mem”bin/ti”kan Anak Tidak Sah Taraf Menurut Perspektif Syarak, Undang-Undang dan Sosial
 
3.
USIM
Pengurusan Pengagihan Zakat di Malaysia: Kedudukan Non-Muslim Sebagai Penerima Zakat dan Garis Panduan Pemindahan Dana Zakat
 
4.
UTM dan Jabatan Mufti Johor
Garis Panduan Pengurusan Zakat Asnaf Riqab Dan Gharimin: Satu Analisis Kontemporari.
 
5.
UPM
Kuantifikasi dan Stabiliti DNA Babi Yang Diekstrak Daripada Daging Campuran dan Produk Diproses Menggunakan “Taqman Real Time Polymerase Chain Reaction Assay”.
 
 
Majlis yang diadakan ini merupakan detik penting bagi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia khususnya dan JAKIM selaku urusetia kepada Jawatankuasa berkenaan mengorak langkah mengadakan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dengan IPTA. Penyelidikan Isu-Isu Kefatwaan ini dapat dilaksanakan adalah ekoran daripada peruntukan dana khas yang telah diluluskan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysiasemasa pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa MKI pada 5 Julai 2011 dimana sebanyak  RM 1 juta telah diluluskan pada 2012 ini. Dengan adanya dana yang diperuntukan ini membolehkan Jawatankuasa Fatwa MKI menjalankan atau menguruskan penyelidikan berkaitan isu-isu kefatwaan semasa; samada secara jangka pendek atau secara jangka panjang bagi membuat keputusan atau memberikan pandangan hukum yang berkaitan bagi panduan umat Islam di Negara ini;
 
Pada Majlis Menandatangani Perjanjian tersebut, JAKIM diwakili oleh Tuan Haji Razali Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) dan Tuan Haji Mohamad Nodin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).
 
UTM diwaklili oleh Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang, Naib Canselor dan Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim, Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan dan Inovasi);
 
UPM diwakili oleh Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Naib Cancelor dan Prof. Dr. Russly bin Abdul Rahman, Pengarah Institut Penyelidikan Halal;
 
USIM diwakili oleh Prof. Dr. Hajah Mustafa Mohd. Hanefah, Dekan Penyelidikan dan Inovasi dan En. Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar;
 
Majlis Menandatangani ini disaksikan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI,Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman,  Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa, yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI danSahibus Samahah Datuk Wira Hj. Rashid Redza Hj. Md. Saleh,Mufti Negeri Melaka. Turut hadir pada Majlis ini ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI, Ahli-Ahli Panel Pemikir Fatwa, Pengarah-Pengarah Bahagian JAKIM dan Para Penyelidik dari ketiga-tiga IPTA berkenaan.
 
JAKIM dan UTM
 
 
 
JAKIM dan UPM
 
 
 
JAKIM dan USIM
 
 
 
 
 
 
Date: 
Aug 14, 2012  
Groups: