Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:39 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:14 Asar : 16:38 Maghrib : 19:22 Isyak : 20:37

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menganjurkan program Minggu Bersama Jemaah dan Iltifal Lil Atfal pada 9 hingga 12 Disember 2015. Aktiviti tahunan ini merupakan penghargaan kepada jemaah yang menyertai program dan keprihatinan terhadap institusi ibadah.
 
Antara pengisian program iaitu qiamullail dan kuliah-kuliah serta acara pertandingan untuk anak-anak. Acara kemuncak pada hari sabtu itu dimulakan dengan ucapan penangguhan oleh Timbalan Imam Besar, Haji Ehsan bin Mohd Hosni. Turut hadir memeriahkan program pada hari berkenaan iaitu Puan Nor Aziah binti Umar, Timbalan Pengurus Bank Islam Sd.Bhd. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi meraikan kegembiraan anak-anak iaitu persembahan nasyid tanah air iaitu Far East, pertunjukan badut dan persembahan bercerita jemputan serta cabutan bertuah. Sambutan program pada kali ini amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 1,000 orang jemaah.
 
Semoga program yang dilaksanakan akan dapat menjalinkan hubungan erat antara masyarakat dengan warga kerja masjid, seterusnya dapat mengimarahkan masjid yang menjadi pusat komuniti masyarakat dan pertemuan sesama umat demi syiar Islam.
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 1
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 2
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 3
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 4
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 5
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 6
 
 



Blok D7 & D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
: 03-8886 4000    : 03-8889 2039
: webmaster@islam.gov.my
           
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada website ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 di atas (dengan resolusi 1024x768).
Last Updated : 27 May 2016.
Jumlah Pelawat :8517111