Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Guru-guru KAFA Sarawak

Kursus telah diadakan pada 28 – 30 Ogos 2007 dan disertai oleh seramai 200 orang guru KAFA dari Bahagian Semarahan dan Kuching, Sarawak telah mengikuti kursus tersebut yang bertempat di Hotel Penview In, Kuching Sarawak.

 

 

Kursus ini adalah merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).Antara objektif kursus ialah untuk melengkapkan guru-guru KAFA dengan ilmu dan kemahiran asas berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran.

 

Y. Bhg Ust Abdullah bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam – JAKIM, menyampaikan Ucapan Aluan di Majlis Perasmian Pembukaan. Dalam ucapannya beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak JAIN Sarawak yang telah memberikan kerjasama padu agar kursus dapat diadakan dengan sempurna.

 

 

Kursus telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datu’ Misnu bin Hj. Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Beliau berterima kasih kepada pihak JAKIM kerana berusaha melaksanakan kursus sebegini yang sangat bermanfaat kepada guru-guru KAFA. Walaubagaimana pun beliau sangat berharap agar kursus dan latihan kepada guru dan penyelia dapat diadakan secara berterusan dan diperluaskan kepada bahagian-bahagian lain di seluruh Negeri Sarawak.

 

 

Beliau telah menyatakan keperihatinannya yang mendalam kepada kemajuan dan perkembangan KAFA, khususnya di Negeri Sarawak. Menurut beliau, Program KAFA memberikan impak yang sangat bermakna kepada kedudukan orang Islam yang minoriti di Sarawak. Justeru itu beliau menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan kursus agar mempastikan setiap kursus yang diadakan benar-benar berkualiti dan bermanfaat. Beliau berharap agar setiap imput yang diperolehi oleh para guru dapat dipraktik ketika mereka berdepan dengan pelajar-pelajar KAFA di tempat masing-masing.