Kursus Pengurusan Kewangan Bayaran Imbuhan Imam Masjid Kariah
Bahagian Kemajuan Islam telah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan Bayaran Imbuhan Imam Masjid Kariah kepada pegawai dan kakitangan yang menguruskan bayaran imbuhan bulanan imam di seluruh Malaysia. Peserta terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, Penolong Akauntan Gred W27 dan Pembantu Kewangan Gred W17 dari Jabatan Agama islam Negeri. Seramai 36 orang peserta telah didedahkan dengan pengurusan kewangan yang berkaitan dengan perakaunan dan pengauditan yang berkaitan dengan bayaran imbuhan imam. Kursus anjuran Cawangan Kemajuan Masjid, Bahagian Kemajuan Islam ini telah diadakan pada 12 hingga 14 Mac 2012 di Hotel King, Ayer Keroh Melaka. Pengisian kursus ini lebih memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan teguran audit bagi menambahbaik pengurusan bayaran imbuhan imam masjid kariah seluruh Malaysia. Antara pengisian dalam kursus tersebut ialah:
i. Garis Panduan Pengurusan Bayaran Imbuhan Bulanan Imam Masjid Kariah oleh
Ustaz Haji Mohd Sofian bin Mat Ludin dari Bahagian Kemajuan Islam,
ii. Kawalan Peruntukan Kewangan Negara oleh En Lokman bin Latip dari Jabatan
Akauntan Negara,
iii. Isu-Isu Audit, Impak dan Penyelesaian oleh Puan Nor Aza binti Mohd Ariff dari Jabatan
Audit Negara,
iv. Tatacara Hapuskira Akaun Belum Terima,Tunggakan Hasil dan Kehilangan Wang Awam
oleh En Suhaimi bin Hamid dari Kementerian Kewangan Malaysia,
v. Pengurusan Bayaran Imbuhan Imam oleh En Yusri bin Mat Yunus dan vi.Penyediaan
Laporan Perbelanjaan dan rekod Kewangan oleh En Fairud bin Yahya dari Bahagian
Kewangan JAKIM.
Majlis perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Ajib bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kemajuan Masjid, turut dihadiri oleh Ustaz Haji Mohd Sofian bin Mat Ludin selaku penyelaras kursus tersebut.
Antara penceramah yang hadir.
Acara penyerahan cenderamata kepada penceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Sofian bin Mat Ludin selaku penyelaras kursus.
Acara penyerahan sijil kepada wakil peserta oleh Y.bhg Ustaz Mohd Ajib bin Ismail.
Antara peserta yang hadir.
Date:
Mar 19, 2012   - Hits : 1273





