Majlis Anugerah Kecemerlangan STAM dan UPKK Peringkat Kebangsaan Tahun 2012

Pelajar Cemerlang UPKK  dan STAM 2011 
Menerima Penghargaan Dari YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
 
ISNIN 2 April, Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan  STAM dan UPKK Peringkat Kebangsaan 2012 bertempat di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj.Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyempurnakan upacara penganugerahan dalam majlis tersebut yang juga turut dihadiri oleh YB Senator Dato' Dr. Mashitah bt Ibrahim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor; Pengerusi LEPAI dan YBrs. Tn. Haji Razali Bin Shahabudin; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. 
 
Majlis tersebut bertujuan meraikan kejayaan pelajar-pelajar STAM dan UPKK yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STAM dan UPKK 2011 yang lalu. Di samping itu, ia juga bertujuan bagi menghargai pengorbanan guru yang melaksanakan tugas mereka dalam mendidik anak bangsa, terutamanya pelajar-pelajar SMAN/SMAR/KAFA.  
 
Majlis Anugerah Kecemerlangan ini merupakan majlis  anjuran JAKIM bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang diadakan buat kali ke-7. Kejayaan  cemerlang pelajar dalam kedua-dua peperiksaan STAM dan UPKK membuktikan bahawa sistem pendidikan yang dilaksanakan di SMAN/SMAR dan KAFA adalah amat baik, bersistematik dan berkesan.
 
Program ini juga dapat mengeratkan silaturahim di antara warga pendidik dan agensi pusat yang menyelaras pendidikan di SMAN/SMAR. Di samping itu, warga pendidik akan mendapat maklumat-maklumat penting dari semasa ke semasa bagi memberi inspirasi ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan di SMAN/SMAR dan KAFA seluruh negara.
 
Sijil STAM bukan setakat melayakkan pelajar untuk memohon masuk ke program ijazah pertama di universiti-universiti dalam dan luar Negara, bahkan STAM diiktiraf setaraf STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam pada gred 27.  Di samping itu, usaha-usaha ke arah memperkasa program KAFA juga sedang lakukan. JAKIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STAM dan UPKK 2011 yang lalu.  
 
 
Pencapaian UPKK 2011
 
Calon UPKK tahun 2011 yang telah mendaftar untuk mengikuti peperiksaan adalah seramai 194,403 orang dan seramai 189,594 calon menduduki peperiksaan tersebut. Manakala seramai 181,886 calon telah mendaftar pada tahun 2010 dan seramai 173,855 calon telah menduduki peperiksaan pada tahun tersebut.
 
Calon teramai menduduki peperiksaan UPKK 2011 adalah negeri Johor iaitu seramai 36,108 calon, diikuti oleh negeri Kelantan seramai 33,280 orang calon dan Kedah 18,511 orang calon.
 
Pelaksanaan Peperiksaan UPKK 2011 
 
JAKIM telah berjaya mengurus dan menyelaras  pelaksanaan peperiksaan UPKK 2011 yang bermula dari 3 hingga 6 Oktober 2011. Perincian keputusan UPKK 2011 adalah seperti di lampiran.
 
Keputusan UPKK 2011 menunjukkan terdapat 12 buah negeri telah mencapai keputusan cemerlang dengan mendapat kelulusan 100 %,  negeri-negeri tersebut ialah Terengganu, Kelantan, Kedah, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Melaka, Johor, Pahang dan Perlis. Manakala 2 negeri mencapai keputusan 99 % lulus. Berbanding pada tahun 2010 sebanyak 9 buah negeri mencapai keputusan100% lulus.
 
Kelulusan Mengikut Gred
 
Secara keseluruhan seramai 17,684 orang calon memperolehi 8A berbanding pada tahun 2010 seramai 15,167, manakala hanya 7 orang calon memperolehi 8D. Berbanding tahun 2010 seramai 9 orang mendapat 8D. Pelajar paling ramai mendapat 8A adalah dari negeri Terengganu iaitu seramai 4,212 pelajar, diikuti negeri Kelantan seramai 4,074 orang pelajar dan negeri Kedah seramai 2,478 orang pelajar.
 
Kelulusan mengikut mata pelajaran, bagi mata pelajaran   Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)  dan Amali Solat mencatatkan kadar lulus yang tertinggi iaitu 99%, diikuti Bidang Al-Qur'an mencapai 97% kelulusan. Ini menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah Al-Qur'an dan  mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan. 
 
Keputusan Keseluruhan
 
Secara keseluruhannya seramai 189,590 orang calon atau 99.996 % lulus dari sejumlah 189,597 orang calon berbanding tahun 2010 seramai  173,835 orang calon atau 99.99 % lulus dalam peperiksaan tersebut. Negeri terbaik dalam peperiksaan UPKK 2011 berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) adalah Negeri Selangor dengan  GPS 1.67, diikuti Negeri Pulau Pinang GPS 1.69 dan Negeri Terengganu GPS 1.9. 
 
Sehubungan itu, pihak urusetia telah memilih seramai 14 orang pelajar cemerlang daripada 14 buah negeri untuk menerima anugerah.
 
Pencapaian STAM 2011
 
Seramai 8,499 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2011 berbanding 8,166 calon tahun 2010, iaitu pertambahan seramai 333 calon (4.0%). Ia merupakan petanda baik kerana lebih ramai lepasan SPM yang berminat dalam bidang agama dan bahasa arab berbanding tahun lalu.
 
Berdasarkan keputusan STAM yang diumumkan oleh Y.Bhg.Pengarah Lembaga peperiksaan, KPM pada 26 Januari 2012 yang lalu, seramai 3,996 calon atau 60.7% telah berjaya memperolehi pangkat Maqbul (lulus) hingga Mumtaz (cemerlang). Sementara itu, jumlah calon yang memperolehi gred Mumtaz 10 mata pelajaran pada tahun 2011 telah meningkat seramai 3 orang, iaitu 53 orang berbanding 50 orang pada tahun 2010.
 
 
JAKIM telah memilih 12 pelajar terbaik berdasarkan pemilihan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM untuk menerima anugerah. Manakala seorang tokoh guru KAFA dan seorang tokoh Guru STAM dipilih dari 14 buah negeri berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh JAKIM dan menerima anugerah dari YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 
 
 
ANUGERAH PERDANA UPKK 2011
 
BIL
NAMA CALON
NAMA SEKOLAH/INSTITUSI
Peratus 8A
 
1
 
Muhammad Taslim Bin Abd Rasyid
Sekolah Rendah Agama Tanwiriyah, Parit Jawa, Muar Johor.
 
100 %
 
 
PELAJAR CEMERLANG UPKK 2011
 
BIL
NAMA CALON
NAMA SEKOLAH/INSTITUSI
Peratus 8A
1
Nur Hidayah Bt Azmidi
Sekolah Kebangsaan Putra Jaya, Setiu, Terengganu
99.9 %
2
Nur Fatimah Syahindah Bt Suhairie
Sekolah Agama Rakyat Gedong Lalang 162, Seremban, Negeri Sembilan
98 %
3
Nureen Humairah Bt Ahmad Fahizal
Sekolah Rendah Agama Islam Masjid Haji Saad, Lot 163, Mukim Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
98 %
4
Fatin Liyana Bt Suaimi
Sekolah Agama Rakyat Kaha (I) Darul Muhajirin, Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves, Selangor
97.9 %
5
Aiman Nabilah Bt Abd Aziz
Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Munir, Kg. Padang Tembak Perak.
97.4 %
6
Nurwirda Husna Bt Abd Rani
Sekolah Agama Rakyat Alif, Sungai Isap Perdana, Pahang
97.4 %
7
Nur  Diyana Kamilah Bt Shobri
Kafa Putra Presint 9, Putrajaya
97 %
8
Siti Nursyauqina Bt Ahmad Yani
Sekolah Tengku Budriah, Jln Besar, Arau, Perlis
96.5 %
9
Mazni Bt Sabardin
Kafa Kg. Menteritip, Sekolah Agama Pekan Samporna, Sabah
91.5 %
10
Nur Annisa Bt Azman
Sekolah Kebangsaan Salor, Kota Bharu, Kelantan
8A
11
Nur Fatehah Bt Muhammad
Sekolah Kebangsaan Peremba, Kedah
8A
12
Dayang Nur Amira Bt Abg Halim
Sekolah Agama Sri Aman, Sarawak
8A
13
Nurul Hidayu Bt Hj. Yahya
Sekolah Kebangsaan Datuk Thamby Chik Karim, Melaka
8A
 
 
 
ANUGERAH PERDANA
PELAJAR CEMERLANG 10 MUMTAZSTAM 2011
 
Bil
NAMA CALON
NAMA SEKOLAH/INSTITUSI
1
Muhammad Al Firdaus Bin Awang Kesah
Sekolah Menangah Agama (Arab) Yayasan Khairiah, Kupang, Baling, Kedah
 
 
PELAJAR CEMERLANG 10 MUMTAZ STAM 2011
 
Bil
NAMA CALON
NAMA SEKOLAH/INSTITUSI
1.
Muhammad Muhaimin Bin Idris
Sek.Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gajah, Perak
2
Khairulamirin Bin Khabir
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam Selangor
3
Maizatul Husna Binti Mohd Radzi
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam Selangor
4
Muhammad Nur Firdaus Bin Mohamad Noor
Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan
5
Noor Fatihah Bt Ibrahim
Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan
6
Mohamad Azrul Bin Raf’an
Sekolah Menengah Tinggi Arab (Maahad Johor)
7
Muhammad Irfansyah Bin Mahdi Farid
Sekolah Menengah Tinggi Arab (Maahad Johor)
8
Hudzaifah Bin Yusop
Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan
9
Syazlan Bin Sazali
Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Seberang Perai, Pulau Pinang
 
10
Siti Nor Mahiram Bt Adnan
Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
11
Muhammad Tolhah Bin Mohamad Sabri
Institut Al-Quran Terengganu
 
 
 
TOKOH GURU KAFA
 
Tuan Haji Muhammad Salim Bin Abdullah
Kafa Integrasi Hidayatul Iman, Selangor
 
 
TOKOH GURU STAM
 
Tuan Haji Adenan Bin Yahaya
Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar Oleh Rizal Unit PRO