Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Saudara Muslim Negeri Terengganu 2011M/1432H
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) dengan kerjasama Cawangan Khas, Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Saudara Kita Negeri Terengganu 1432H/2011 pada 10 September 2011 bersamaan 12 Syawal 1432H bertempat di Kompleks Darul Hidayah ( Pusat Bimbingan Saudara Kita ), Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Menurut Pengetua Kompleks Darul Hidayah, Y.Bhg Ustaz Abdul Halim Lim bin Abd Rahman, seramai hampir 200 orang Saudara Muslim dari seluruh Negeri Terengganu telah turut serta di dalam majlis tersebut. Selain itu, sedikit ceramah atau tazkirah telah di sampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM dan diikuti dengan penyampaian sumbangan aidilfitri kepada saudara muslim.
Antara yang menarik di dalam majlis ini ialah acara memotong kek majlis aidilfitri di penghujung majlis.Semoga dengan adanya majlis sebegini dapat meningkatkan ukhuwwah di kalangan saudara muslim di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai penghayatan islam di kalangan mereka.

Pengetua Kompleks Darul Hidayah, Y.Bhg Ustaz Abdul Halim Lim bin Abdul Rahman memberikan ucapan

Y.Bhg Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi sedang menyampaikan ceramah.



Penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada Saudara Muslim



Acara membelah kek oleh Y.Bhg Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi dengan Y.Bhg Ustaz Abdul Halim Lim bin Abdul Rahman, Pengetua Kompleks Darul Hidayah, MAIDAM.

Urusetia dan tetamu jemputan Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Saudara Muslim Negeri Terengganu 2011
- Hits : 1798





