jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
 
BERKENAAN
 
PELANTIKAN PENGERUSI JAWATANKUASA FATWA
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
______________________________________________________________________
 
Sukacita saya ingin memaklumkan pelantikan YBhg. Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi menggantikan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin yang telah tamat tempoh pelantikannya. Pelantikan ini telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
 
2. YBhg. Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, 75 tahun, berasal dari Gerik Perak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah) serta Ijazah Sarjana (Usul Fiqh) dari Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang dan lapangan kerjaya khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal Islam. Antara karier perkhidmatan dan jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah sebagai:
 
(a) Mufti Wilayah Persekutuan;
(b) Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan;
(c) Pengerusi Panel Pakar Akidah JAKIM; dan
(d) Pensyarah Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
3. Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada agama, bangsa dan negara sepanjang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI.
 
Sekian
 
MEJAR JENERAL DATO’ SERI* *JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)
17 Oktober 2017
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 23 November 2017.
Jumlah Pelawat :12151514