Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M dengan tema “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”, telah berjaya dilaksanakan pada 12 Rabiulawal 1441H bersamaan 9 November 2018 (Sabtu) bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula dengan acara perarakan pada jam 7.45 pagi.
 
Pada tahun ini, acara Perarakan Kontinjen telah disertai oleh 100 pasukan dengan 8,000 peserta dari Agensi Kerajaan dan Swasta, Badan Berkanun, Badan Beruniform, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar dari Institut Pengajian Tinggi dan Sekolah-sekolah.pelbagai agensi Kerajaan, Swasta, Pertubuhan dan juga NGO. Perarakan telah dilepaskan pada jam 7.45 pagi oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut mengetuai kontinjen VIP terdiri daripada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Pengarah Jabatan, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan dan NGO.
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, YB Puan Hajah Fuziah bt Salleh, Timbalan-Timbalan Menteri, dif-dif jemputan dan Duta-Duta Luar Negara.
 
Bagi menyemarakkan lagi sambutan pada tahun ini, majlis diserikan dengan bacaan doa pimpinan Imam Besar Masjid Negarap penyampaian Ibrah al-Quran oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan persembahan khas yang diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, dengan persembahan oleh Dato’ Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahamad Daud ,Kumpulan Dikir Arjuna dan kumpulan nasyid Aula.
 
Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul SAW pada tahun ini adalah penyampaian Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada Yang Amat Arif Dato' Sri Paduka Raja Dato' Haji Daud bin Muhammad seorang pakar perundangan syariah, yang menerima wang tunai berjumlah RM 50,000 sumbangan Kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berserta hadiah trofi dan sijil penghargaan.
 
Seramai empat orang penerima Anugerah Maulidur Rasul turut dipilih iaitu YBhg. Professor Datuk Dr. Asma Binti Ismail-Ahli Akademik, YBhg. Dato’ Dr. Haji Khalid Bin Ibrahim-Pelopor Hospital Mesra Ibadah, YBhg. Tan Sri Datuk Sri Panglima Lee Lam Thye-Aktivis Sosial dan YBhg. Tuan Haji Mohd Azmi Bin Abd Hamid-Aktivis Kemanusiaan. Mereka menerima wang tunai berjumlah RM 20,000 sumbangan Kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berserta hadiah trofi dan sijil penghargaan.
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 1
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 2
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 3
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 4
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 5
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 6
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 7
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 8
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 9
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 10
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 11
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 12
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 13
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Kebangsaan Tahun 2019M 14