Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 04 Disember – Dalam menyantuni ummah dan membawa rahmat, Majlis Halal Malaysia, JAKIM terus menerima lawatan dari pelbagai pihak yang ingin mengetahui informasi berkaitan polisi dan dasar Pensijilan Halal Malaysia.

Lawatan dan perbincangan yang berlangsung pagi ini melibatkan delegasi dari Universitas Sultan Ageng Tirtayasa, Serang, Banten, Indonesia bersama seorang pensyarah pengiring dari Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Ratna Roshida Ab Razak.

Sesi perbincangan yang berlangsung hampir 2 jam bermula 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu menjurus kepada penerangan berkaitan gerak kerja dan peranan Majlis Halal Malaysia dalam Pensijilan Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni lawatan kali ini ialah Ustaz Mohd Asri AbduIlah, Ketua Penolong Pengarah dan Ustaz Mohd Asyraf Ibrahim, Penolong Pengarah, Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN INDONESIA UPM 04122018 1

LAWATAN INDONESIA UPM 04122018 2

LAWATAN INDONESIA UPM 04122018 3