Kurator Berita : Bahagian Dakwah
KOTA KINABALU, SABAH (22 - 23 SEPTEMBER 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah  dengan kerjasama Jakim Cawangan Sabah telah menganjurkan Bengkel Dakwah Media Kreatif Negeri Sabah. Bengkel ini telah dihadiri seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan agensi agama peringkat Negeri Sabah. Bengkel pada kali ini telah disasarkan kepada pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan media sosial agensi / jabatan / bahagian di negeri.
 
Justeru, antara keutamaan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan kemahiran peserta unutk mengaplikasikan dakwah digital melalui peralatan mudah alih di samping penerapan nilai Islam dalam pengunaan aplikasi media sosial. Selain itu bengkel ini juga menjadi platform pendedahan kepada peserta trend penggunaan media baharu sebagai medium komunikasi masyarakat khususnya generasi muda. Antara pengisian Bengkel ini ialah : Media Sosial dan Teknik Penulisan Kreatif, Asas Pembinaan Infografik, Asas Pembinaan Video dan Audiovisual dan Teknik PHOP (Phone Photography).
 
Bengkel ini dimulai dengan Kertas Utama yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Aziz bin Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jakim bertajuk Dakwah Media Baharu: Peranan dan Tanggungjawab Dai’e. Majlis Perasmian Penutupan Bengkel dan Penyampaian Sijil ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jakim. Turut hadir bagi meraikan majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil bengkel ialah YBrs. Tuan Haji Norjeli bin Haji Dais, Pengarah Jakim Cawangan Sabah dan YBrs. Tuan Ramlan bin Awang Ali, Setiausaha Majlis Agama Islam Sabah (MUIS).
 
WhatsApp Image 2020 09 29 at 14.08.25 copy
 
 
 
WhatsApp Image 2020 09 29 at 14.04.27 3
 
 
 
IMG 6616
 
 
 
IMG 6641
 
 
 
WhatsApp Image 2020 09 29 at 14.04.27 1
 
 
 
WhatsApp Image 2020 09 29 at 14.04.27 2
 
 
 
IMG 6652
 
 
 
IMG 6687
 
 
 
IMG 6655
 
 
IMG 6679
 
 
 
WhatsApp Image 2020 09 29 at 14.04.27