WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PELANTIKAN KETUA PENGARAH JABATAN WAKAF ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR)
________________________________________________________________________
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sukacita memaklumkan bahawa Tuan Haji Ruslan bin Said mantan Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah bertukar ke Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan dilantik sebagai Ketua Pengarah JAWHAR gred JUSA C berkuatkuasa pada 8 Februari 2019.
 
Sepanjang perkhidmatan Tuan Haji Ruslan bin Said sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, beliau pernah berkhidmat di beberapa Bahagian di JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), JAWHAR, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) termasuk yang terakhir sebagai Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
 
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Indonesia dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga pernah mengikuti Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di Muslim Collage London, Latihan Kepimpinan di Westminster College London Dan Senior Executive Development Programe(SEDP) di Singapura.
 
Justeru, berasaskan kepada pengalaman luas dan kelayakan yang dimiliki Tuan Haji Ruslan bin Said dalam sektor Pengurusan Hal Ehwal Islam di negara ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperakukan pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JAWHAR.
Diharapkan beliau dapat melaksanakan tugas dan amanah dengan cemerlang.
 
Sekian, terima kasih.
 
DATUK MOHAMAD NORDIN BIN IBRAHIM
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
8 Februari 2019
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 19 March 2019.
Jumlah Pelawat :12271288