Print
 
jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
GURU KAFA TURUT DAPAT ELAUN PENUH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
 
 
JAKIM menyedari kesulitan yang dihadapi oleh seramai 35,000 orang guru KAFA JAKIM di seluruh negara yang tidak dapat melaksanakan tugas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak COVID-19 mulai 18 hingga 31 Mac 2020.
 
Oleh itu, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah bersetuju supaya pembayaran elaun penuh iaitu RM1000.00 kepada semua guru KAFA diteruskan bagi bulan Mac 2020 walaupun sesi pembelajaran tidak diadakan dalam tempoh tersebut.
 
Inisiatif ini selari dengan hasrat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah melancarkan kempen #musaadahcovid19 bagi membantu mereka yang terjejas dengan isu COVID-19.
 
Sekian.
 
HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM
 
 
 
Hits: 2220