Print


PERUTUSAN RAMADAN
1441H/2020M
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
RAMADAN TANDA ALLAH SAYANG HAMBANYA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt wbt
 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Pencipta seluruh alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda sekalian. 
 
Bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan pada kali ini. Sesungguhnya, tiada yang lebih menggembirakan kita pada saat ini selain berpeluang untuk beribadat pada bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.  
 
Ramadan adalah manifestasi kecintaan Allah SWT kepada hambaNya. Justeru, kita perlu merebut peluang beribadah di bulan ini dengan penuh kesyukuran kerana peluang yang diberikan ini belum tentu diperolehi di masa yang akan datang.
 
Saat negara dilanda wabak COVID-19, Ramadan adalah peluang keemasan untuk kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar ianya segera reda dan kehidupan kita kembali seperti sedia kala. 
 
Marilah sama-sama kita hiasi Ramadan dalam suasana yang berbeza namun niat dan hasrat kita tetap sama, iaitu untuk mencapai darjat ketaqwaan di sisi Allah SWT jua.
 
Ramadan Kareem.
 
Sekian


DATO' PAIMUZI BIN YAHYA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
1 Ramadan 1441H/24 April 2020M


Hits: 1158