Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
SEREMBAN : Cik Nor Farhatul Fairuzah binti Panut dan Puan Nor Faizah binti Panut masing-masing mewakili tuan rumah Negeri Sembilan dan Selangor merangkul Johan dan Naib Johan Tilawah bagi kategori Qariah. Tempat ketiga kategori Qariah pula disandang oleh Cik Awatif binti Abd Majid mewakil Negeri Pulau Pinang.
 
Sementara itu Encik Abdul Khair bin Jalil dari Selangor merangkul Johan Qari, tempat kedua pula disandang oleh Adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dari Kelantan manakala Wilayah Persekutuan yang diwakil Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad mendapat tempat ketiga.
 
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1440H/2019M tahun ini berakhir malam tadi setelah berlangsung selama enam hari di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.
 
Majlis bertemakan ”Menyantuni Umat Membawa Rahmat” itu telah disempurnakan Perasmian Penutupan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada malam tadi 22 Mac 2018 (Jumaat).
 
JAKIM meneruskan penganjuran MTHQK untuk edisi kali ini dengan menggabungkan acara Majlis Tilawah Peringkat kebangsaan buat kali ke 62 dan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 40. Kedua-dua acara ini diadakan secara serentak dimana majlis tilawah diadakan pada sebelah malam manakala majlis hafazan pula berlangsung di sebelah pagi dan petang.
 
 
Keputusan bagi Majlis Menghafaz Al-Quran Kebangsaan (MHQK) Kali Ke-40Tahun 1440H/2019M
 
MHQK berlangsung di dalam 3 Kategori iaitu Kategori 1 hingga 30 Juzuk berserta Tafsir, Kategori 1 hingga 20 Juzuk dan Kategori 1 hingga 10 Juzuk berserta Tarannum. Ketiga-tiga Kategori ini diasingkan kepada Kategori Lelaki (Hafiz) dan Perempuan (Hafizah)
 
Penyertaan Peserta
Seramai 112 peserta dari 14 buah negeri telah berhimpun dan memperdengarkan bacaan masing-masing sepanjang 6 hari sempena penganjuran MTHQK tahun ini.
 
Para peserta terdiri daripada 28 qari dan qariah bagi kategori tilawah iaitu dua orang wakil (Qari dan Qariah) bagi setiap negeri. Manakala 84 hafiz dan hafizah adalah peserta dari kategori Hafazan iaitu masing-masing 42 orang bagi lelaki dan perempuan.
 
Pencapaian Para Peserta
Secara keseluruhannya, Jemaah Hakim sangat berpuashati dengan peningkatan persembahan mutu tilawah dan hafazan para peserta tahun ini. Ke semua peserta telah menunjukkan kesungguhan dan kemampuan persembahan bacaan al-Quran yang membanggakan. Manakala bagi kategori menghafaz al-Quran, Secara keseluruhannya, Jemaah Hakim sangat berpuashati dengan peningkatan persembahan mutu hafazan para peserta. Hampir kesemua peserta dapat menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan.
 
Walaubagaimanapun, Jemaah Hakim juga mendapati masih terdapat beberapa kelemahan sebilangan kecil peserta khususnya berkaitan sifat dan mahkraj huruf, kaedah waqaf dan ibtida’ serta terdapat kesalahan baris. Selain itu, masih ada juga peserta yang tidak mampu menjawab soalan tafsir dengan baik sehingga menjejaskan kedudukan mereka. Perkara ini seharusnya diambil perhatian oleh para peserta dan guru pengiring serta pihak negeri supaya meningkatkan usaha ke arah melahirkan hafiz dan hafizah, qari dan qariah yang bermutu dan lebih cemerlang pada masa hadapan.
 
Berikut adalah keputusan penuh dan markah para peserta MTHQK 1440H/2019M mengikut kategori :
 
 
Keputusan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-62 Tahun 1440H/2019M
 
Bahagian Qari
 
Johan Qari
Dengan Markah : 89.68%
Disandang Oleh : Abdul Khair Bin Jalil
Negeri : Selangor
 
Tempat Kedua
Dengan Markah : 87.66%
Disandang Oleh : Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi
Negeri : Kelantan
 
Tempat Ketiga
Dengan Markah : 87.33%
Disandang Oleh : Wan Fakhrul Razi Bin Wan Muhammad
Negeri : Wilayah Persekutuan
 
 
Bahagian Qariah
 
Johan Qariah
Dengan Markah : 86.67%
Disandang Oleh : Cik Nor Farhatul Fairuzah Binti Panut
Negeri : Negeri Sembilan
 
Tempat Kedua
Dengan Markah : 86.34%
Disandang Oleh : Puan Nor Faizah Binti Panut
Negeri : Selangor
 
Tempat Ketiga
Dengan Markah : 82.33%
Disandang Oleh : Cik Awatif Binti Abd Majid
Negeri : Pulau Pinang
 
 
Majlis Menghafaz Al-Quran Perigkat Kebangsaan Ke-40 Tahun 1440H/2019M
 
Kategori 1 - 10 Juzuk Beserta Tarannum (Lelaki)
 
Tempat Pertama:
Dengan Markah : 98.44%
Disandang Oleh :Muhammad Al-Nawawi bin Borhan
Dari Negeri : Selangor
 
Tempat Kedua:
Dengan Markah : 98.37%
Disandang Oleh : Muhammad Amnan bin Muhammad Sani
Dari Negeri : Melaka
 
Tempat Ketiga:
Dengan Markah : 97.95%
Disandang Oleh :Muhammad Ziyad bin Mohd Husni
Dari Negeri : Johor
 
 
Kategori 1-10 Juzuk Beserta Tarannum (Perempuan)
 
Tempat Pertama:
Dengan Markah : 97.43%
Disandang Oleh : Ummi Najdah binti Abd Samad
Dari Negeri : Selangor
 
Tempat Kedua:
Dengan Markah : 97.16%
Disandang Oleh : Masyitah binti Mohd Farid
Dari Negeri : Melaka
 
Tempat Ketiga :
Dengan Markah : 96.68%
Disandang Oleh : Nurul Izzah binti Mukhali
Dari Negeri : Sarawak
 
 
Kategori 1 - 20 Juzuk (Lelaki)
 
Tempat Pertama:
Dengan Markah : 97.63%
Disandang Oleh : Ahmad Adil Luqman bin Ismail
Dari Negeri : Selangor
 
Tempat Kedua:
Dengan Markah : 97.58 %
Disandang Oleh : Muhammad Luqman Danial bin Zaid
Dari Negeri : Negeri Sembilan
 
Tempat Ketiga:
Dengan Markah : 97.01%
Disandang Oleh : Mohamad Daniel Haziq Bin Haswadi
Dari Negeri : Johor
 
 
Kategori 1 - 20 Juzuk (Perempuan)
 
Tempat Pertama:
Dengan Markah : 96.53%
Disandang Oleh : Adibah Husni binti Ahmad Rozaini
Dari Negeri : Perak
 
Tempat Kedua:
Dengan Markah : 96.10 %
Disandang Oleh : Aisyah Irdina binti Zulkifli
Dari Negeri : Negeri Sembilan
 
Tempat Ketiga:
Dengan Markah : 92.70%
Disandang Oleh : Nur Natasha Shahirah binti Che Long
Dari Negeri : Terengganu
 
 
Kategori 1 - 30 Juzuk Beserta Tafsir (Lelaki)
 
Tempat Pertama:
Dengan Markah : 97.93%
Disandang Oleh : Abdullah Ulwan bin Ismail
Dari Negeri : Kelantan
 
Tempat Kedua:
Dengan Markah : 97.73%
Disandang Oleh : Abdul Wafi Azzaki bin Sinwan
Dari Negeri : Melaka
 
Tempat Ketiga:
Dengan Markah : 97.20%
Disandang Oleh : Muhammad Hafiz bin Abd Razak
Dari Negeri : Negeri Sembilan
 
 
Kategori 1-30 Juzuk Beserta Tafsir (Perempuan)
 
Tempat Pertama:
Dengan Markah : 94.43%
Disandang Oleh : Raudah binti Abdul Razak
Dari Negeri : Kedah
 
Tempat Kedua:
Dengan Markah : 93.14%
Disandang Oleh : Siti Hajar Nabilah binti Mohd Darha
Dari Negeri : Selangor
 
Tempat Ketiga:
Dengan Markah : 92.78%
Disandang Oleh : Putri Nur Nadia binti Bakri
Dari Negeri : Negeri Sembilan
 
 
Johan Keseluruhan Menghafaz Al-Quran : NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
 
Johan Keseluruhan Tilawah Al-Quran :SELANGOR DARUL EHSAN
 
 
Penyertaan Di Peringkat Antarabangsa
 
Johan Qari dan Qariah serta Johan Kategori 30 Juzuk Hafiz dan Hafizah MTHQK ini akan mewakili negara di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) yang akan diadakan pada 15 hingga 20 April nanti di Pusat Konvensyen KLCC.
 
Dalam pada itu, para peserta Peringkat Kebangsaan sama ada Tilawah mahupun Hafazan berpeluang untuk dihantar menyertai Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di luar negera seperti di Thailand, Indonesia, Arab Saudi, Mesir, Algeria, Moscow, Dubai dan sebagainya. Justeru JAKIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang akan terpilih mewakili Negara ke peringkat antarabangsa seterusnya semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
 
MTHQK2019 1
 
MTHQK2019 2
 
MTHQK2019 3
 
MTHQK2019 4
 
MTHQK2019 5
 
MTHQK2019 6
 
MTHQK2019 7
 
MTHQK2019 8
 
MTHQK2019 9
 
MTHQK2019 10
 
MTHQK2019 11