Minggu Taaruf Pelatih Pusat Latihan Dakwah Kudat Sesi 2012

Pada 25 Januari 2012 telah berlangsung sesi pendaftaran Pelatih baharu Pusat Latihan Dakwah Kudat Sesi 2012 di Dewan Serbaguna, PLD Kudat. Seramai 191 orang telah mendaftar pada hari pertama dan selebihnya mendaftar pada hari berikutnya. Serentak dengan itu telah berlangsungnya Minggu Taaruf Pelajar Baharu yang dimulai dengan slot Ice Breaking pada sebelah malamnya.
 
Antara pengisian program ialah Taklimat JAKIM Cawangan Sabah oleh Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali (Penolong Pengarah Unit Dakwah JAKIM Sabah), Taklimat Keselamatan oleh PDRM, Ceramah Kesihatan oleh pihak Hospital Daerah Kudat, Taklimat PLD Kudat oleh Ustaz Mohd Zul Fadhli (Penyelaras Unit HEP, PLD Kudat), tazkirah oleh para pensyarah PLD Kudat, Treasure Hunt dan slot LDK. Melalui program ini, pelatih diberi pendedahan tentang peraturan dan disiplin yang perlu dihayati dan diamalkan sepanjang berada di PLD Kudat. Program ini diadakan bertujuan untuk beramah mesra dengan pelatih baharu sesi 2012 dan mengeratkan lagi ukhuwah antara pelatih dengan warga PLD Kudat.
 
Majlis Penutup Minggu Taaruf ini telah disempurnakan oleh Ustazah Hazizah Yusof (Penolong Pengarah Kanan, Unit Khidmat Pengurusan JAKIM Cawangan Sabah) mewakili Pengarah JAKIM Cawangan Sabah. Turut hadir semasa Majlis Penangguhan ialah Tuan Haji Abdul Roni bin Haji Tahir (Pengetua Pusat Latihan Dakwah Kudat), Ustaz Mohd Shamsuri (Penolong Pengarah Unit Dakwah JAKIM Sabah) dan Penyelaras-penyelaras Unit PLD Kudat. Antara kata-kata nasihat beliau kepada para Pelatih Baharu Sesi 2012 ialah memperbetulkan niat untuk mempelajari ilmu agama dengan ikhlas dan mendalaminya dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Semasa majlis itu juga diselitkan upacara penyerahan buku ilmiah oleh JAKIM Cawangan Sabah kepada Pusat Sumber PLD Kudat dan pelatih PLD Kudat. Adalah menjadi harapan agar setiap warga PLD Kudat menghayati moto "Berilmu, Berdakwah dan Berbakti".
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
Groups: