e-Daie
“e-Daie merupakan portal yang dibangunkan khusus untuk memaparkan garis panduan untuk memohon penceramah dan senarai penceramah seluruh Malaysia bagi makluman dan rujukan umum.”
PROSEDUR & PANDUAN UNTUK MEMOHON PENCERAMAH BAGI PROGRAM ATAU KURSUS YANG DILAKSANAKAN :
Garis Panduan Permohonan
-
Pemohon hendaklah menghantar surat permohonan penceramah selewat-lewatnya 3 minggu sebelum program.
-
Permohonan penceramah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penceramah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) hendaklah melalui ketua jabatan dan agensi masing-masing. Bagi senarai alamat jabatan dan agensi, sila klik di sini.
-
Bagi permohonan penceramah Ekslusif Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA), pemohon boleh menghubungi secara terus penceramah berkenaan.
-
Pemohon hendaklah menyertakan maklumat seperti berikut.
- Nama program
- Tarikh program
- Tempat Program
- Tempoh masa ceramah
- Tajuk ceramah
- Kumpulan sasaran dan bilangan peserta
-
Lain-lain maklumat yang berkaitan seperti penyediaan penginapan dan pengangkutan penceramah (sekiranya perlu).
- Pemohon juga mestilah menyatakan dengan jelas maklumat penganjur program, no telefon, faks dan e-mel untuk dihubungi.
Kadar Bayaran Penceramah
-
Kadar bayaran saguhati bagi penceramah dari kalangan kakitangan kerajaan adalah berdasarkan Perkeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2005.
- Bagi penceramah yang bukan kakitangan kerajaan, kadar bayaran saguhati adalah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 19 Tahun 2002.
- Hits : 29040
Senarai Penceramah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Bagi mendapatkan senarai Penceramah JAKIM, sila klik mengikut kategori berikut :
- Hits : 6848
Senarai Penceramah Negeri
Bagi mendapatkan senarai penceramah JAIN, sila klik mengikut kategori berikut :
5-Jabatan Agama Islam Johor
6-Jabatan Agama Islam Perak
7-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
9-Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
10-Jabatan Agama Islam Negeri Pahang
11-Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu
12-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
14-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah
- Hits : 9077
Senarai Penceramah Agensi Agama
- Hits : 3254
Senarai Penceramah Ekslusif PIPA
Penceramah Ekslusif Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) merupakan penceramah yang telah mengikuti Kursus TOT Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam.
Modul ini merupakan modul yang telah dibangunkan oleh Jakim khusus membincangkan mengenai integriti dari perspektif Islam. Modul ini merupakan panduan kepada penceramah dan penganjur program pengukuhan integriti di agensi masing-masing.
Modul ini adalah dirangka selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004.
Bagi mendapatkan senarai Penceramah Ekslusif Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA), sila klik link berikut :
- Hits : 3964





