Bengkel Pengurusan KAFA Negeri Sabah Bil. 2/2012
Oleh: Saiful Khair bin Mohd Sampon
Seramai 34 orang penyelia Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) termasuk kakitangan sokongan unit ini dari seluruh negeri Sabah telah menghadiri Bengkel Pengurusan KAFA Negeri Sabah kali kedua bagi tahun ini. Bengkel anjuran Unit KAFA, JAKIM Cawangan Sabah itu telah dijalankan di Pejabat Perhubungan KAFA Tawau bermula 7 hingga 9 Mac 2012 yang lalu.
Pengisian bengkel kali ini lebih menumpukan kepada penambahbaikan sistem pengurusan tuntutan elaun mengajar guru KAFA, sistem laporan penyeliaan dan laporan bulanan KAFA Daerah. Selain itu, bengkel ini juga memberi peluang kepada semua peserta dalam melengkapkan perancangan aktiviti KAFA Daerah serta penyediaan kertas kerja yang komprehensif. Pada hari kedua bengkel, Mesyuarat Pengurusan Penyelia KAFA Bilangan 2 Tahun 2012 telah berlangsung dan dipengerusikan oleh Ust. Hjh. Noordianah bt. Hj. Alwi, Penolong Pengarah Unit KAFA, JAKIM Cawangan Sabah.
Bengkel ini merupakan kesinambungan dalam usaha penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengurusan KAFA di Negeri Sabah bagi tahun 2012. Semoga bengkel berkenaan membantu unit ini dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan KAFA kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Antara peserta yang menghadiri mesyuarat

Penolong Pengarah Unit KAFA ketika mempengerusikan mesyuarat

Suasana ketika bengkel berlangsung

Ahli bengkel sedang mendengar dengan teliti isi penting bengkel berkenaan

Hjh. Noordianah sedang menyelaraskan bengkel
Date:
Mar 07, 2012   Groups:
- Hits : 1166





