Bercita-cita Syahid di Jalan Allah
Tarikh:
Mar 24, 2012
Riwayat:
Muslim
Kategori:
Akhlak Hadith:
Daripada Abu Sabit, ada orang yang memanggilnya Abu Said dan ada pula yang memanggilnya Abu al-Walid iaitu Sahal bin Hanif salah seorang yang menyertai perang Badar (bersama Rasulullah SAW), “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memohon kepada Allah mati syahid dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan samakan tarafnya dengan orang yang mati syahid walaupun dia mati di tempat tidur.”
Huraian Hadith:
-
Hati yang benar adalah sebab tercapainya cita-cita, orang yang berazam melakukan sesuatu amalan kebaikan akan mendapat ganjaran walaupun apa yang diniatkan tidak terlaksana.
-
Syahid yang sebenar ialah mati dalam menegakkan kalimah Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
-
Sesiapa bercita-cita serta berazam bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kebajikan nescaya diperkenankan oleh Allah SWT. Ini adalah menggambarkan kebesaran, kekuasaan dan kehendak Allah.
-
Islam menyuruh umatnya berjihad di jalan Allah.
-
Islam menggalakkan umatnya berdoa kepada Allah untuk melakukan sesuatu kebaikan walaupun dia tidak dapat melakukannya.
- Hits : 1232





