-
Merangka hala tuju dan dasar kemajuan hal ehwal Islam yang progresif di peringkat persekutuan dan antarabangsa;
-
Merancang penyelidikan yang komprehensif dalam bidang akidah, syariah, muamalat dan falak bagi memastikan masyarakat Islam mendapat panduan hukum yang selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
-
Merancang dan membangunkan Maqasid Syariah sebagai rangka strategik yang inklusif dalam tadbir urus Negara serta dibudayakan dalam sektor awam dan swasta;
-
Menetapkan hala tuju Halal Malaysia serta memastikan pematuhan standard dan piawaian berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan;
-
Merancang penyelarasan penguatkuasaan dan pendakwaan Undang-undang Syariah antara negeri-negeri seluruh Malaysia;
-
Mengetuai tugas keurussetiaan Majlis dan Acara Kebesaran Islam dan menyelaras kerjasama dalam bidang hal ehwal Islam di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa;
-
Merangka penyelarasan inter agensi di bawah kawal selia Jabatan.