Pendekatan Semasa Penting Dalam Menjaga Interpretasi Masyarakat Terhadap Islam – KM Sarawak
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Y.A.B. Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali ke-74. Perasmian Persidangan ini telah dilangsungkan pada 11 Ogos 2007, jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Asajaya, Holiday Inn Kuching, <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />
Turut berucap di majlis perasmian ini ialah Y.Bhg. Datu Misnu bin Haji Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak merangkap tuan rumah Persidangan kali ini. Beliau antara lain mengalu-alukan kehadiran ahli Persidangan yang terdiri daripada Yang Dipertua/ Timbalan Yang Dipertua/ Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri, Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri, Agensi-agensi pengurusan hal ehwal Islam serta para pegawai kanan JAKIM. Beliau juga menyarankan bahawa selaku ketua Jabatan Agama Islam Negeri, kita perlu menilai dan mengkaji sesuatu isu agama yang ditimbulkan oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan teliti dan penuh bijaksana. Persepakatan dalam Persidangan kali ini diharap dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab kita dalam melahirkan masyarakat dinamik serta mempunyai nilai-nilai moral yang murni dan positif.
Y.Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah JAKIM turut merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan Negeri Sarawak, khususnya kepada Jabatan Agama Islam Sarawak atas kesudian menerima kehadiran ahli Persidangan pada kali ini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran wakil-wakil kaum bukan Islam di dalam majlis perasmian ini. Persidangan ini bukan sahaja sebagai forum pertemuan antara ketua-ketua jabatan/ agensi malahan berperanan dalam mendidik masyarakat Islam mengenai hubungan interaksi dengan orang-orang bukan Islam. Pengurusan hal ehwal Islam perlu ditadbir dengan cekap dan disulami dengan semangat perhubungan persekutuan. Kerjasama seperti ini perlu diteruskan dan menjadi tanggungjawab JAKIM dalam memastikan pengurusan hal ehwal Islam ini diselaraskan.
Perasmian ini diserikan dengan persembahan lagu nasyid dalam bentuk irama Arab, Melayu dan lagu rakyat tempatan (folk song).
Persidangan yang diadakan dua hari ini bermula pada 10 Ogos hingga 12 Ogos 2007 di Holiday Inn Kuching, Sarawak membentangkan satu kertas cadangan dan tujuh kertas makluman.
River Cruise Dinner




Majlis Perasmian Persidangan




Persidangan sedang berlangsung




- Hits : 1602





