Pengarah Jakim Cawangan Sabah Kunjungi Kelas Pengajian Saudara Baru di Teratak Fitrah

Kedudukan saudara baru masih agak terkebelakang dalam beberapa aspek terutamanya dari sudut pendidikan/pembelajaran agama dan kebajikan saudara-saudara baru.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Di samping itu, saudara-saudara baru juga menghadapi ancaman gerakan agama Kristian. Ini dapat dilihat daripada kes-kes saudara baru di pedalaman yang dilaporkan terpengaruh dengan agama Kristian.

Ekoran daripada itu, atas dasar tanggungjawab, Ustaz Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah bersama rombongan JAKIM Cawangan Sabah turun padang untuk melihat dan meninjau sejauh mana kelas pengajian teratak fitrah di bawah kelolaan Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) dijalankan.

Pada 7 November 2009 (Sabtu) pengarah dan rombongan JAKIM Cawangan Sabah yang diiringi oleh Puan Sallywati Fan Abdullah, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) sempat meluangkan masa untuk melawat kelas-kelas pengajian Teratak Fitrah sebanyak 5 buah kelas iaitu Kelas Solat, Kelas Persediaan, Kelas Tahap 1, 2 dan 3.

Dalam lawatan tersebut Pengarah JAKIM Cawangan Sabah dapat melihat sendiri keadaan kelas-kelas pengajian yang masih memerlukan banyak bantuan dan pertolongan seperti tenaga pengajar, bahan bantu mengajar, bahan-bahan rujukan kelas dan sebagainya.

Atas keperluan itu, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah telah membuat penyerahan sumbangan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman sebanyak 150 naskhah kepada pelajar-pelajar kelas pengajian Teratak Fitrah sebagai bahan rujukan semasa kelas pengajian dijalankan. Sesi penyerahan ini dibuat berikutan sesi gimik penyerahan sumbangan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada saudara-saudara baru di Sabah telah diadakan di dalam satu majlis pada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430H yang lalu di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

JAKIM Cawangan Sabah merupakan perintis (pioneer) kepada program Edaran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman iaitu Tafsir Al-Quran, kepada Saudara-saudara Baru di Sabah bagi merealisasikan slogan ‘1 Saudara Baru : 1 Tafsir Al-Quran’.

Us. Aziz berkunjung ke Kelas Solat Lelaki.

.

Pengarah JAKIM Caw. Sabah meninjau keadaan Kelas Tahap 1, 2 dan 3.

Kelas Solat Wanita turut dikunjungi.

Ucapan oleh Pengarah JAKIM Caw. Sabah.

Us. Aziz membuat penyerahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.

Saudara baru gembira menerima Tafsir Pimpinan Ar-Rahman sumbangan JAKIM.

Saudara-saudara baru yang mengikuti kelas-kelas pengajian Teratak Fitrah.