Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Kursus Radio Amateur Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jakim yang julung kalinya diadakan selama 2 hari bermula 2 Mei hingga 3 Mei 2017 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi anjuran Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah, Jakim telah berjaya dilaksanakan.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada PMOA Jakim mengenai cara pengendalian radio amateur sebagai medium perantara/penghubung selain menggunakan alat komunikasi yang lain. Ia dikendalikan oleh penceramah dari Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS).

Objektif pengenalan Radio Amateur kepada PMOA Jakim adalah untuk mendedahkan mereka mengenai peraturan-peraturan yang bersangkut paut dengan Akta 1998 Multimedia dan Komunikasi (SKMM). Di samping itu juga, kursus ini melatih PMOA cara penggunaan radio amateur semasa berada di pedalaman atau di mana-masa sahaja dengan menggunakan frekuensi yang telah ditetapkan oleh pihak SKMM setelah layak memperoleh lesen dengan menduduki peperiksaan khas.
  
 
kursus radia amatur2017 1
 
kursus radia amatur2017 2
 
kursus radia amatur2017 3