Jakim logo white small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 24 SEPTEMBER 2016 BERTAJUK :
IKIAM, RISDA LANCAR LOGO HALAL BAHARU KHUSUS BAGI PRODUK KELUARAN MUSLIM, AWAL TAHUN DEPAN
 

Jakim mengambil maklum laporan yang telah disiarkan oleh pihak Utusan Malaysia bertarikh 24 September 2016 bertajuk : IKIAM, RISDA lancar logo halal baharu khusus bagi produk keluaran Muslim, awal tahun depan.

Jakim berpandangan walaupun inisiatif ini mempunyai objektif yang baik, namun pihak RISDA perlu memastikan produk yang akan menggunakan logo produk muslim keluaran usahawan pekebun kecil RISDA tersebut mestilah terlebih dahulu mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Tindakan ini penting agar ianya tidak bercanggah dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang melarang pengisytiharan halal tanpa mendapat pengesahan dari pihak berkuasa berwibawa.

Sekiranya pihak IKIAM dan RISDA berhasrat untuk terus mengeluarkan logo halal baharu tersebut kepada produk muslim keluaran usahawan pekebun kecil RISDA, maka ianya adalah bercanggah dengan Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Perintah 2011 yang jelas menyatakan bahawa hanya JAKIM, JAIN atau MAIN sahaja merupakan pihak berkuasa berwibawa di dalam mengeluarkan pengesahan Halal.

Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan semua pihak termasuk individu atau syarikat agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal. Sehubungan itu juga, Jakim akan mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak RISDA berkaitan hasrat untuk mengeluarkan logo halal baharu tersebut.

Sekian

TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
25 September 2016