Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Garis Panduan Mengenai Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian Dan Penyimpanan Makanan Halal. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pengendali pisau mekanikal hendaklah seorang Muslim. Pengendali tersebut hendaklah membaca "Bismilah" sebelum memetik suis pisau mekanikal dan hendaklah memerhati kepada binatang yang disembelih.
     
  2. Penyembelih Muslim yang memetik suis pisau mekanikal tidak boleh meninggalkan tempat sembelihan semasa penyembelihan sedang dijalankan dan tidak boleh membuat kerja-kerja lain yang menggangu tumpuan.