Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Lawas, 1 Mac 2019 - Penggunaan komputer dan teknologi maklumat telah berupaya memberi nilai tambah ke dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Dengan penguasaan komputer dan teknologi maklumat, pengurusan dan pentadbiran dapat dilakukan secara lebih berkesan dan kecanggihan teknologi tersebut menjadikan dunia seakan tiada sempadan.

Menyahut cabaran ini, ILIM Kampus Lawas dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Lawas dibawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganjurkan Kursus Komputer                   (Microsof Excel) khusus untuk penjawat awam di daerah Lawas.

Kursus yang diadakan pada 28 Februari 2019 ini mendapat penyertaan seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada 11 agensi. Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan penggunaan Microsof Excel dalam kerja-kerja pentadbiran pejabat sekaligus memperkasa kemahiran penjawat awam dalam penggunan komputer.

Sesi penyampaian sijil kepada semua peserta turut dilaksanakan dalam majlis penangguhan kursus yang disempurnakan oleh Pengarah ILIM Kampus Lawas, YBhg Puan Kartini Binti Ahmad.

ilimKampusLawas1

ilimKampusLawas2

ilimKampusLawas3