Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 11 Julai 2019 – Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI), telah menganjurkan Kursus Pengurusan Konflik dan Krisis pada 9 hingga 11 Julai 2019 di Bilik Kuliah Al- Biruni, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan memastikan peserta menggunakan teknik yang efektif menangani krisis, membangunkan kemahiran menyelesaikan krisis dengan cara yang mudah tanpa pecahkan semangat pasukan dan membantu peserta memperbaharui sistem bekerja mengikut keperluan untuk hari esok.

Seramai 10 orang peserta terdiri dari pegawai hal ehwal Islam dari pelbagai agensi telah menyertai kursus tersebut.

Dalam program ini, peserta telah diberi pengenalan kepada pengurusan krisis, langkah-langkah mengurus krisis dan komunikasi semasa krisis, sistem perhubungan, proses pemberitahuan, penilaian krisis dan urus bencana, hasil pengurusan krisis dan cadangan tindakan dalam pengurusan krisis, memahami konflik dan jenis-jenisnya, mengurus konflik dan teknik penyelesaian konflik serta komunikasi berkesan menangani konflik, pelan tindakan pembangunan diri berterusan mengurus konflik.

Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

KURSUS PENGURUSAN KONFLIK DAN KRISIS