Kurator Berita : Darul Quran

11 November 2015 | Melaka: Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Harun hari ini telah merasmikan Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan Kali ke -14 yang diadakan di Hotel Bayview, Melaka. Konvensyen yang berakhir pada 13 November 2015 ini dianjur secara bersama oleh Darul Quran JAKIM, Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka. Majlis tersebut turut dihadiri Exco-exco Kerajaan Negeri Melaka, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM, Dato’ Hj. Razali Bin Shahabudin, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Y.Bhg. SS Datuk Dr. Mohd Mohadis Bin Yasin dan Pengarah Darul Quran, Dr. Nordin Bin Ahmad.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM dalam ucapan aluannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Melaka diatas kesudian menghadiri dan merasmikan Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan yang diadakan di negeri Melaka pada tahun ini. Bersesuaian dengan tema konvensyen: ”Huffaz Rabbani Penjana Generasi”, menurut beliau lagi konvesyen pada tahun ini akan memfokus tentang akhlak dan peribadi parahuffaz al-Quran dalam usaha mengangkat martabat mereka sebagai hamlatul Quran.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya YAB Ketua Negeri Melaka menyatakan penghargaan khususnya kepada Darul Quran JAKIM kerana terus memberi komitmen berterusan dalam melaksanakan Program Diploma Tahfiz Al-Quran di Negeri Melaka.

Beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Agama Islam Melaka melalui Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Sayyidina Ali yang memainkan peranan besar memberi ruang kepada anak-anak muda di Melaka mengikuti program hafazan al-Quran yang diiktiraf di negara kita.

Menurut beliau lagi, kerjasama antara agensi pusat seperti JAKIM dengan agensi-agensi agama negeri dalam pelaksanaan konvensyen seperti ini aka nmengangkat agama Islam ke suatu aras yang lebih tinggi. Selain itu pemahaman terhadap isi kandungan al-Quran juga perlu diberi penekanan dan dipertingkat dari masa kemasa.

Pada majlis yang sama, YAB Ketua Menteri Melaka turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Melaka bagi meneruskan kerjasama melaksanakan Program Diploma Tahfiz Al-Quran di negeri Melaka.

KM Melaka Rasmi Konvensyen Pensyarah Tahfiz 1

KM Melaka Rasmi Konvensyen Pensyarah Tahfiz 2

KM Melaka Rasmi Konvensyen Pensyarah Tahfiz 3

KM Melaka Rasmi Konvensyen Pensyarah Tahfiz 4

KM Melaka Rasmi Konvensyen Pensyarah Tahfiz 5

KM Melaka Rasmi Konvensyen Pensyarah Tahfiz 6

KM Melaka Rasmi Konvensyen Pensyarah Tahfiz 7