Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, dan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM berbesar hati menerima kunjung hormat daripada Lazada Malaysia pada 4 Julai 2019 yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan Lazada Malaysia diketuai oleh Encik Shahrul Azhar selaku Ketua Polisi Awam dan Hal Ehwal Kerajaan bersama dua orang delegasinya itu bertujuan mengetengahkan idea untuk penjualan pelbagai jenis produk yang telah dipersijilkan halal melalui platform Lazada. Di samping itu, perbincangan menumpukan aspek pemahaman prosedur yang perlu dipatuhi oleh usahawan untuk memastikan produk keluaran boleh diperakukan halal. Usaha sebegini diharap dapat meransang minat usahawan-usahawan untuk menjadi pemegang sijil halal dan meneroka pasaran dengan lebih efisien.

Sesi perjumpaan itu telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Nasir bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal. Pertemuan lebih sejam itu turut dihadiri oleh beberapa pegawai Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM termasuk pegawai kanan MHM, Tuan Mohd Fadhli bin Mohd Yusof.

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN LAZADA UTAMA 04072019

LAWATAN LAZADA 1 04072019

LAWATAN LAZADA 2 04072019