Permohonan Masuk Ke Darul Quran Dibuka

Darul Quran adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Tahfiz al Quran. Lahir dari ilham Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada bulan Mac tahun 1966. Diploma Tahfiz al Quran, Darul Quran JAKIM, telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) bagi membolehkan pemegang Diploma tersebut memohon ke jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

KEISTIMEWAAN:

Keistimewaan Darul Quran adalah setiap graduan Darul Quran berjaya menghafaz al Quran 30 juzuk. Di samping itu mereka diberi elaun bulanan sebanyak RM 250.00 sebulan dan pengajian percuma sepanjang pengajian, kecuali semasa pendaftaran masuk. Para graduan Darul Quran boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Perguruan Sultan Idris. Mereka juga boleh melanjutkan pelajaran ke Maahad Qiraat, al Azhar al Syarif, Mesir.

SYARAT- SYARAT:

Oleh itu semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memenuhi syarat di bawah di pelawa untuk mengikuti program ini. Syarat-syarat tersebut islah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 17 – 21 tahun
  3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam matapelajaran:
    1. Bahasa Melayu.
    2. Pendidikan al Quran dan Sunnah atau pendidikan Syariah Islamiyah atau Pendidikan Islam.
    3. Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi Dan;
    4. Lulus Bahasa Inggeris.

Atau

Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia.

Borang permohonan boleh diperolehi di:

1. http://www.islam.gov.my/portal/dqiklan.html
2. Jabatan Agama Islam Negeri.
3. Kaunter Unit Pengambilan dan Kemasukan di Darul Quran.
4. Menghantar sampul surat berukuran 23sm x 32sm beralamat sendiri dan berserta setem RM 2.00 ke alamat berikut:

Pengarah,
Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: Unit Pengambilan & Kemasukan)

• TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu sampai ke Darul Quran dalam tempoh 10 hari selepas keputusan SPM 2006 diumumkan.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi:

Tel: 03-60635333/60635349/60635350/60635551

(u.p: Unit Kemasukan & Rekod)

http://www.islam.gov.my/portal/dqiklan.html

• MAKLUMAN

Pemohon yang berjaya ditawarkan akan dihubungi melalui surat atau telefon.