Persidangan Meja Bulat Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI)

 
06 April 2013 (Sabtu) - Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) Jakim telah mengadakan Persidangan Meja Bulat bertempat di Dewan 1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 
Panel yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah  bersidang buat kali pertama bagi tahun 2013 untuk membincangkan mekanisme gerak kerja khusus bagi menangani isu-isu berkaitan wanita Islam di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.
 
 
YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempengerusikan persidangan
 
Persidangan kali ini diadakan bertujuan untuk menyelaras strategi serta gerak kerja yang akan dilaksanakan dalam usaha memastikan segala isu berkaitan wanita Islam di Malaysia dapat ditangani berlandaskan syariat Islam dan berkesan.
 
Gerak kerja yang akan laksanakan merangkumi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Sehubungan itu, persidangan memfokuskan perbincangan kepada dua aspek gerak kerja yang utama, iaitu gerak kerja bersifat kognisi yang lebih menumpukan kepada sumbangan kepakaran sama ada dalam bentuk penulisan, ceramah dan sebagainya. Oleh yang demikian, ia meliputi semua aktiviti berkaitan penyampaian maklumat sama ada melalui media cetak, media elektronik atau media baru.
 
 
Antara ahli PISWI yang hadir
 
Manakala gerak kerja kedua berbentuk fizikal yang memerlukan tenaga kerja yang besar bagi memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna. Ia merangkumi semua aktiviti yang berbentuk penganjuran program seperti seminar, penyediaan pengkalan data dan sebagainya turut dibincangkan dengan terperinci.
 
Persidangan kali ini juga turut memaklumkan perubahan urus setia bagi jawatankuasa pemikir seperti berikut:
 
Jawantankuasa Pemikir
Urus Setia
Jawatankuasa Pemikir Pembangunan Insan
   : Bahagian Dakwah
Jawatankuasa Pemikir Dasar
:Cawangan Dasar (Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti)
Jawatankuasa Pemikir Undang-undang
: Pejabat Penasihat Undang-undang, Jakim
Jawatankuasa Pemikir Media
    : Bahagian Media
Jawatankuasa Pemikir Penyelidikan dan Pusat Sumber
: Bahagian Perancangan  dan Penyelidikan
Jawatankuasa Pemikir Sosial
: Cawangan Sosial (Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti)
 
 
 
 
 
 
Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi PISWI turut melahirkan harapan supaya segala sumbangan idea, kepakaran, dan pemikiran ahli PISWI dapat dicerna bersama gerak kerja yang menggemblengkan usaha semua pihak yang berkaitan dalam  mencapai matlamat penubuhan PISWI.
Date: 
Apr 10, 2013