Perutusan Idul Fitri Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, tanpa mengira di mana mereka berada.
Mudah-mudahan sambutan Hari Raya Puasa pada tahun ini benar-benar bermakna kepada kita semua, terutamanya bagi mereka yang dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya.
Kita patut bersyukur kerana dapat merayakan saat kejayaan ini dalam suasana aman dan damai tanpa adanya peperangan, kelaparan, ketakutan dan kesedihan. Keadaan ini berbeza sekali dengan nasib sesetengah umat Islam di negara-negara lain yang merayakan Hari Raya ini dalam serba kekurangan. Sesetengah mereka berhari raya dalam ketakutan kerana peperangan. Sesetengahnya pula berhari raya dalam kesedihan kerana kemiskinan atau ditimpa bencana alam.
Suasana ini tidak berlaku di negara kita. Al-hamdulillah. Semuanya berhari raya dalam suasana gembira dan ceria. Tidak ada rakyat
Oleh kerana itu, kita patut bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan bumi
Walaupun begitu, dalam kemeriahan kita berhari raya, kita jangan lupa nasib yang menimpa sesetengah umat Islam di negara lain. Bayangkan betapa sengsaranya hidup mereka dengan kepayahan makanan seperti di negara-negara Afrika, ketakutan peperangan seperti di Iraq dan Afhanistan, dan kengerian terhadap bencana alam seperti tsunami, banjir besar dan tragedi yang terbaru ialah gempa bumi yang berlaku di utara Pakistan. Angkara korbannya bukan sedikit. Simpati boleh ditunjukkan melalui sumbangan kita untuk meringankan kesengsaraan mereka.
Oleh sebab itu, hari ini adalah hari yang paling baik untuk kita menilai prestasi kita dalam menunaikan amanah Allah. Amanah untuk mengurus dan mentadbir bumi ini dengan sebaik-baiknya. Ini adalah satu amanah yang perlu diperingatkan semula.
Sebab itu, marilah kita pertingkatkan keazaman dan ikrar untuk menyusun perancangan strategik dan melaksanakannya bagi meningkatkan maruah dan kredibiliti ummat. Matlamatnya, adalah untuk memastikan agar bumi ini terus menjadi sebuah planet yang selamat untuk dihuni.
Umat yang bermaruah adalah umat yang dapat menjulang harga diri. Umat yang mempunyai identiti diri. Cara hidupnya menjadi ikutan dan contoh kepada umat lain. Yang membuatkan umat lain merasa hormat dan segan. Urus tadbirnya adil dan mengasihi sesama manusia.
Justeru, untuk kemakmuran bumi ini kita perlu menjadi peneraju dalam apa saja bidang. Lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi. Ini adalah pra-syarat untuk menjadi umat yang bermaruah.
Lazimnya, umat yang bermaruah adalah umat yang maju. Untuk menjadi umat yang bermaruah, kita perlu menjadi umat yang maju dalam aspek material dan maju dalam aspek spiritual. Ini boleh dilakukan dengan kita mempertingkatkan penguasaan pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan sahaja, umat dan negara maju dapat dibentuk.
Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah merangka prinsip-prinsip Islam Hadhari bagi menggariskan dasar-dasar untuk menjadi umat yang bermaruah. Prinsip-prinsip tersebut, jika dihayati dan dilaksanakan dalam semua peringkat kehidupan akan memacu iklim umat untuk mencapai status negara maju dan terhormat.
Akhirnya, sekali lagi saya mengucakan Selamat Hari Raya. Maaf, zahir dan batin.
Wassalam.
- Hits : 2836





