Program Bicara Agama Bersama Ustaz Don
Jakim Cawangan Sarawak (JCS) bersama Suraj Trading, Pusat Penerangan Islam (IIC) Kuching, Hikmah Samarahan, dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Samarahan telah menganjurkan Program Bicara Agama semperna sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah pada 17 dan 18 Februari bersama penceramah selebriti TV al-Hijrah, ustaz Don Danial Don Biyajid yang dikenali dengan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di stesen TV al-Hijrah.
Program ini bermula dengan sesi ceramah bertajuk ‘Sambutan Maulidur Rasul : Penghayatan atau Tradisi’ yang diadakan di Auditorium tingkat 17, pejabat setiausaha persekutuan Sarawak pada jam 3 petang. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan serta penjawat awam. Program pada sebelah malamnya pula adalah di Pusat Penerangan Islam (IIC) Kuching. Kehadiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan terutama golongan muda adalah amat memberangsangkan. Turut hadir ialah YDP Majlis Islam Sarawak, Pengarah JCS dan lain-lain tetamu kenamaan.
Program pada malam kedua pula diadakan di IPG Kota Samarahan. Turut hadir ialah wakil Residen Bahagian Samarahan, Pengarah IPG, dan Penolong Pengarah Kanan Dakwah JCS. Program yang dianjurkan ini antara lain bertujuan menghidupkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam masyarakat. Kehadiran dan sambutan orang ramai sekitar Kuching dan Samarahan amat memberangsangkan pada setiap program yang dianjurkan. Pendekatan Ustaz Don yang bersahaja, mudah difahami dan mesra penonton serta personalitinya sebagai selebriti TV al-Hijrah menjadi tarikan utama orang ramai hadir mendengar ceramah beliau.Selain program tersebut, beliau turut memenuhi beberapa undangan kuliah subuh di masjid sekitar kuching dan sesi ceramah di UNIMAS. Komitmen dan kehadiran amat menggalakkan yang ditunjukkan oleh warga Sarawak ini diharap berterusan pada masa akan datang.

Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak diantara tetamu jemputan yang hadir.

Peserta-peserta yang hadir di Auditorium,SUPS sempena ceramah Maulidur Rasul

Penceramah bersama tetamu jemputan di Pusat Penerangan Islam,Kuching

Pengarah JCS bersama penceramah dan tetamu jemputan lain

Pengarah JCS dan Ketua Eksekutif Pusat Penerangan Islam bersama penceramah

Peserta-peserta yang hadir di Pusat Penerangan Islam,Kuching

Penceramah bersama pengerusi sesi - Program Bicara Agama sempena Maulidur Rasul

Peserta-peserta yang hadir di Institut Perguruan Tun Abdul Razak,Kota Samarahan

Penceramah di temu ramah oleh TV Al-Hijrah

Tetamu-tetamu jemputan yang hadir di IPTAR

Penolong Pengarah Kanan Dakwah,Pegawai Takmir Negeri Sarawak bersama penceramah
Date:
Feb 22, 2012   - Mar 25, 2012   Groups:
- Hits : 1959




