Program Ihya' Ramadhan Pusat Latihan Dakwah Keningau Meriah

Pusat Latihan Dakwah Keningau, JAKIM Cawangan Sabah telah melaksanakan program Ihya’ Ramadhan bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini. Program Ihya’ Ramadhan  itu telah mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Program-program yang disusun adalah berlainan dari tahun yang lepas.
 
Di antara program yang menarik yang telah dilaksanakan ialah program tadarus al-Qur’an, gotong royong sungkai bubur lambuk, pertandingan sepanduk, ceramah, Iftar perdana dan juga seminar penulisan dan pembacaan al-Qur’an kaedah Rasm Uthmani.
 
Program berbentuk tadarus al-Qur’an dan solat tarawih dimulakan dengan suasana kemeriahan dan kesyukuran di atas kedatangan bulan Ramadan dan pada 4 Ogos 2011, program Ihya’ Ramadhan dimeriahkan dengan program pertandingan sepanduk antara pelajar semester. Program seumpama ini menarik minat para pelajar  dan mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan sepanduk  Ihya Ramadhan hasil kreativiti mereka sendiri.
 
Seterusnya program Iftar atau berbuka Puasa telah diadakan secara perdana oleh Pusat Latihan Dakwah Keningau. Program yang berlangsung pada 11 Ogos 2011 itu amat meriah sekali dengan kehadiran Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Hj. Arshad yang merupakan Pengarah Jakim Cawangan Sabah, turut bersama dalam majlis tersebut ialah Pengetua PLDK Ustaz Norjeli Hj.Dais, Para Pegawai Jakim Sabah, Pegawai-Pegawai Penyelaras, kakitangan serta para pelajar PLDK. Program yang bermula dengan gotong royong menyediakan bubur lambuk itu diakhiri dengan solat tarawih berjamaah di Masjid Pusat Latihan Dakwah Keningau.
 
Ihya’ Ramadhan anjuran Pusat Latihan Dakwah Keningau turut meriah dengan program Seminar penulisan dan pembacaan al-Qur’an kaedah Rasm Uthmani yang berlangsung pada 18 Ogos 2011. Program yang berobjektif memberikan pendedahan kepada kakitangan dan pelajar mengenai mushaf Rasm Uthmani serta memahirkan peserta-peserta mengenai tanda-tanda bacaan dlam Mushaf Rasm Uthmani. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua PLDK, Ustaz Norjeli Hj. Dais manakala penceramah undangan daripada Jabatan Pengajian Islam dan Moral.Insititut Pendidikan Guru(IPG)kampus Keningau.
 
Program-program Ihya’ Ramadhan kali ini amat meriah, program-program masak bubur lambuk secara bergotong royong serta melibatkan masyarakat luar memberikan satu tanda bahawa PLDK amat diterima oleh masyarakat. Kaedah yang digunakan ditekan oleh Pengetua PLDK ialah berkerja dengan satu hati dan satu matlamat telah dipraktikkan oleh semua kakitangan dan para pelajar dalam menjayakan majlis Ihya’ Ramadhan ini. Harapan semoga kita dapat bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan dan semoga program Ihya’ Ramadhan PLDK akan terus diadakan selepas ini.
 
 
Pengarah Jakim Sabah memerhatikan aktiviti gotong royong iftar perdana.
 
 
Antara tetamu yang hadir program iftar perdana.
 
 
 
Antara tetamu yang hadir program pembacaan kaedah Rasm Uthmani.
Groups: