Qari Indonesia Dan Qariah Malaysia Juara Tilawah Al-Quran

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Qari dari <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Indonesia, Indra Gunawan telah muncul sebagai johan tilawah dengan markah 90.83%. Naib Johan pula disandang oleh Mohamad Ali Mahmoud Farag dari Mesir dengan 88.00% markah sementara tempat ketiga disandang oleh peserta oleh peserta Iran, Saleh Athari Farid dengan markah 88.00%.

Bagi kategori qariah pula, johan disandang oleh Faizah Mohd. Husain dari Malaysia dengan jumlah 87.5% markah. Samiha Talonding dari Thailand muncul sebagai naib johan dengan 86.83% markah manakala tempat ketiga dimenangi Raida Bansil Maglangit dari Filipina dengan 86.75% markah.

Johan qari dan qariah masing-masing menerima wang tunai RM15,180, piala pusingan, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.

Naib johan qari dan qariah masing-masing menerima RM11,385, tempat ketiga RM7,590 dan sagu hati RM3,780 (AS1,000) selain cenderamata dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pusat Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa Dato’ Dr. Abdullah Md Zain.

Majlis tilawah yang berlangsung sejak Ahad lepas bertemakan Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah, disertai 69 qari dan qariah dari 42 negara.