Qari Perlis dan Qariah Selangor Johan Tilawah

Qari Perlis, Pisol Yusob, 35, muncul johan qari Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan ke-48 yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, (Kustem), Kuala Terengganu, malam Khamis lalu. (18 Ogos). <?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Pisol yang juga Pembantu Hal Ehwal Islam di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis pernah beberapa kali menyertai tilawah peringkat kebangsaan mengumpul 77.67 markah membolehkan dia menerima wang tunai RM10,000, perbelanjaan menunaikan haji, piala pusingan, piala iringan, cenderahati, dan sijil peyertaan.

Faizah Mohd Husain, 30, guru Al-Quran dari Selangor pula dipilih sebagai johan qariah dan memperoleh 76.33 markah membawa pulang hadiah yang sama.

Kemenangan itu membolehkan mereka mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Dalam majlis itu juga, Perak diumumkan sebagai johan keseluruhan tilawah dengan mengumpul 76.33 markah dan membawa pulang piala pusingan.

Seramai 28 qari termasuk qariah dari seluruh negara menyertai tilawah selama <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />lima hari bermula Ahad (14 Ogos) lalu bertemakan Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah.

Hadiah disampaikan Menteri Besar Dato` Seri Idris Jusoh. Hadir sama , Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato` Dr Abdullah Md Zin dan beberapa exco kerajaan negeri