jata negara small

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PENGUMUMAN INISIATIF SMARTHALAL QR CODE PADA APLIKASI TELEFON PINTAR SMARTHALAL

Bil. 3/2021

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Pengumuman Inisiatif SmartHalal QR Code Pada Aplikasi Telefon Pintar SmartHalal pada 29 Januari yang diumumkan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sistem QR Code ini merupakan sebahagian daripada penambahbaikan Prosedur Operasi Standard dalam pensijilan halal Malaysia khususnya bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui status halal sesuatu produk atau perkhidmatan dengan lebih pantas di samping membantu pemain industri untuk memperoleh pelbagai informasi berkaitan prosedur pensijilan halal terkini dengan lebih cepat dan tepat.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar SmartHalal terlebih dahulu sebelum menggunakan sistem QR Code ini. Semoga inisiatif ini akan membawa manfaat yang besar kepada ummah seterusnya mengekalkan imej pensijilan halal Malaysia selaku peneraju pensijilan halal bertaraf dunia.

Sekian, terima kasih.

DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
29 Januari 2021