Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat
Putrajaya, 18 Februari 2021 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan Kamus Kompetensi dan Training Roadmap JAKIM 2020-2025 pada 18 Februari 2021. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Kanan ILIM (menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi), Dr. Nordin bin Ahmad dan Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Hashim bin. Salleh.

Penerbitan Pelan Latihan JAKIM ini merupakan suatu komitmen yang tinggi dan langkah proaktif ILIM sebagai peneraju latihan dengan kerjasama semua Bahagian di JAKIM. Penyediaan dan pelaksanaan pelan latihan ini merupakan langkah strategik dalam pembentukan tahap kecekapan dan kompetensi pegawai hal ehwal Islam ke arah sebuah pasukan berprestasi tinggi yang menerajui perkhidmatan Hal Ehwal Islam di Malaysia.

Pelan latihan ini dibentuk dengan mengambil kira aspek kompetensi generik dan fungsian dan amat perlu dijayakan oleh semua pihak di JAKIM. Ia juga merupakan elemen penting bagi memastikan pegawai JAKIM yang berpengetahuan, berkemahiran, berkompetensi dan sahsiah tinggi serta berkepakaran dalam bidang perkhidmatan Hal Ehwal Islam.

Semoga Allah beri kekuatan pada pengurusan Jakim serta melaksana kedua-dua dokumen dalam keadaan terbaik dan dapat digarap dalam kehidupan hakiki.

Pelancaran Kamus Kompetensi Training Roadmap JAKIM 2020 2025 1

Pelancaran Kamus Kompetensi Training Roadmap JAKIM 2020 2025 2

Pelancaran Kamus Kompetensi Training Roadmap JAKIM 2020 2025 3

Pelancaran Kamus Kompetensi Training Roadmap JAKIM 2020 2025 4

Pelancaran Kamus Kompetensi Training Roadmap JAKIM 2020 2025 5